***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PENANDA BUKU (HANDMADE)



"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif. Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar)





 **Penanda Buku yang comel**
Menggegarkan semangat membaca anda!

Galeri Kraf Nailofar menyokong kepada penyuburan budaya ilmu melalui membaca. 



***Sesuai dihadiahkan buat adik-adik, anak-anak murid, anak-anak ( bagi yang bergelar ibu ayah ), rakan-rakan dan insan-insan tersayang. 

Sebagai galakan kepada sikap rajin membaca. Pasti aktiviti membaca yang sering dilabelkan sebagai sesuatu yang membosankan ini akan lebih menyeronokkan! 

Tak percaya? Cubalah (",) 

Gambar hiasan : Mereka sudah memiliki penanda buku ini. Anda? Bila lagi :)

 Benarkah generasi kini tidak gemar membaca?


Ayuh, atasi fenomena ini dengan menghadiahkan mereka 'penanda buku' pelbagai jenis dan gaya khas daripada Galeri Kraf Nailofar. 



Jom, lihat cara penggunaan :-

Selitkan di halaman buku yang sedang dibaca...semudah abc kan?

Tara....Pasti membangkitkan semangat membaca anda! :) 



Berminat untuk tempahan?


Terdapat dua saiz penanda buku

Batang besar (kiri) dan batang kecil (kanan)


Harga istimewa disediakan.


Batang kecil
1 hingga 30 unit =RM1.50 per satu
31 hingga 100 unit = RM1.20 per satu
101 hingga 200 unit = RM1.00 per satu
201 hingga 300 unit = RM0.90 per satu
301  unit ke atas = RM0.80 per satu 

Batang besar
1 hingga 30 unit =RM2.00 per satu
31 hingga 60 unit = RM1.80 per satu
61 hingga 100 unit = RM1.50 per satu
101 hingga 200 unit = RM1.20 per satu
201 unit ke atas = RM1.00 per satu

# Semua jenis design (kombinasi buttons yang comel-comel)
# Sekali perkataan, boleh request ucapan dan kata-kata motivasi
# packeging setiap satu (hanya berdasarkan permintaan)

Istimewa tempahan bersama kami : Setiap pembelian akan menerima hadiah misteri secara  percuma (free gift) :) 


Sekitar lensa tempahan penanda buku yang sudah diterima


Contoh penanda buku batang kecil (saiz standart batang aiskrim paddle pop ^^)


Ini pula contoh saiz kayu batang yang besar...lebih mudah untuk lekat kata-kata motivasi/ucapan dll :) Lebih cantik bookmarks batang besar ni. 

Penyeri istimewa : Ada kata-kata motivasi juga :) 

***Boleh selitkan kata-kata semangat untuk memugar sikap yang positif. Boleh request kata-kata/ucapan.


Contoh tema gegurl/muslimah...bookmarks batang kecil....tempahan cikgu praktikal :) 


Contoh tema buah-buahan, kerana manisnya epal :)  Cenderahati untuk kelas pengajaran mikro empunya galeri. 

Anda juga boleh menempah tema yang pelbagai :)

Tema kartun muslimin :) 

Tema yang sesuai untuk penerima jantina lelaki :) 

Tema yang sesuai untuk penerima jantina perempuan, ladies gitu :)

Tema kereta :) 

Tema couple doodles :) 

Dan pelbagai lagi rekaan disediakan...anda juga boleh request design yang diinginkan. 




Berminat dengan produk handmade kami?
Jom tempah segera
(Mesej kami untuk sebarang pertanyaan)

Facebook : Kraf Ina Nailofar
Instagram : inanailofar
What apps : Ina Nailofar
No. Tel. : 013-4042281


★☆ Semoga aktiviti membaca adik-adik lebih ceria dengan kehadiran penanda buku ini. 


Salam Kemesraan yang berpanjangan - Galeri Kraf Nailofar.



Semoga kalian lebih rajin membaca buku 



kemaskini 13 Mei 2014

BANTAL (HANDMADE)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif. Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar)


**BANTAL FELT/FLANNEL **

Bantal ekslusif dengan pelbagai dekorasi yang memikat rasa. 

Sesuai dijadikan hadiah buat insan tersayang.
Terutama untuk majlis-majlis istimewa anda.
 Penyeri ruang kamar anda dan penambah aksesori kereta.

Jom, cuci mata dengan hasil handmade kami.

Design seawal dahulu...boleh request nama :)


Sesuai dijadikan hadiah pada hari penting anda.
Boleh dijadikan bahan tambahan untuk sesi fotografi :)
Pasti membuahkan memori yang manis.

Ingatan di hari ulang tahun juga. Hadiah yang comel pastinya. 


Dekorasi kartun-kartun yang menjadi pilihan ramai.


Angry Bird lagi :) 


Furby in the house


Pilihan dekorasi nama. 


Peminat Kartun Naruto pun tempah :)


 Ohya, pasti ada yang tertanya-tanya material apakah yang kami gunakan?
Bahan-bahannya adalah flannel, felt, fiber (memang seronok peluk), button yang beraneka bentuk dll.

Harga bermula dari RM25 dan ke atas. 
Mengikut permintaan saiz bantal yang diinginkan.

Disebabkan kebanyakan para pelanggan kami merupakan pelajar-pelajar sekolah, maka tempahan bantal dibuat mengikut bajet kewangan anda!

Sambung layan sebahagian hasil tempahan kami....

Peminat KOREA (i)

Peminat KOREA (ii)


Peminat KOREA (iii)

Bagaimana mahu buat tempahan?


1. Kenalpasti saiz yang diinginkan. Kami ada menyediakan 3 jenis saiz yang selalu dihasilkan. (Boleh request saiz lebih kecil atau lebih besar)
2. Nyatakan tema warna (latar? Dekorasi? Dll. )
3. Nyatakan tema hiasan  ( Bunga, taman, love, muslimah, korea, kartun dll. )

Berminat? Boleh hantar pertanyaan atau tempahan di peti mesej kami.

Facebook : Kraf Ina Nailofar
Blogger : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/
Instagram : inanailofar
What apps : Ina Nailofar


Bantal bentuk hati yang istimewa...

Dedikasikan hadiah bantal pelbagai dekorasi ini buat insan-insan tersayang 
Pasti mengeratkan perhubungan kasih sayang anda!

Berminat? Jom tempah segera. 

Salam sayang sokmo, 
-Galeri Kraf Nailofar-

HANDPHONE CASE (HANDMADE)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif. 
Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar)


Menyedari tuntutan semasa kini, telefon bimbit menjadi suatu keperluan. 
Benda yang kita sayang mesti nak simpan dalam sarung yang cantik-cantik kan? 

Galeri Kraf Nailofar ada menyediakan sarung telefon yang comel dan menarik.
Pelbagai corak dan rekaan telah dihasilkan. Jemput lihat album (di facebook). 

Harga bermula RM6.00 hingga RM15.00 sahaja.
 Tertakluk jenis rekaan dan hiasan yang digunakan.

Panduan tempahan. Ada 3 jenis stail yang kami gunakan.


*Handphone Case Handmade by Galeri Kraf Nailofar*


Stail 1 (Terbuka)

Harga : RM6.00 hingga RM8.00 sahaja :) 



Stail 2 (Tutup separuh)

Harga : RM8.00 hingga RM10.00


Stail 3 (Tutup penuh)

Harga : RM8.00 hingga RM12.00

Cara Tempahan
Sila nyatakan perkara berikut,

Contoh :-

HP Case Stail 2
Tema rekaan : Kartun Muslimah
Warna : Latar (hitam) dan pink. 

Hasilnya seperti di bawah....tara... :) 
Antara design terawal kami, sekitar tahun 2012 yang lalu...

Berminat?
Jom pm kami...

Facebook : Kraf Ina Nailofar
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/
Instagram : inanailofar

***Kami juga menerima tempahan berdasarkan bajet anda :) Usah risau ya...jom-jom dapatkan handphone case special daripada kami. 

Salam kemesraan yang berpanjangan,
*Galeri Kraf Nailofar*


KHAS BUAT PEMINAT KOREA

Annyeong haseyo....cheo eum boepsemnida  :)
(Jika tak faham, sila tanya Syeikh Google ya)

Pastinya kami dalam mood Korea kini...kenapa?
I
I
I
V
Al-kisahnya bermula di sini....

Julung kalinya menyiapkan bantal untuk dua orang adik tersayang. 
Punya adik-adik yang sangat meminati Korea.
Membuatkan kami sebagai kakak-kakak yang prihatin ini jenuh memikirkan cara bagaimana mahu memastikan minat mereka ini tidak mengganggu tumpuan kepada study dan dalam masa yang sama menukarkan minat itu menjadi sumber motivasi untuk mereka tekun menyantuni pelajaran. Sarat impian dan harapan tu kan?haha...inilah misi pertama projek cuti semester ini :)

Waktu bantal ini dalam pembikinan, mereka berada di asrama. 
Maka, bolehlah dikatakan berjaya juga motif suprise itu. 


Hasil soal selidik yang lalu, dua orang adik kami ni minat kumpulan EXO.
Maka....inilah hasilnya. 

Bantal EXO purple :)


EXO Chanbaek....ini untuk adik bongsu Baby Jimah. 
Dia pasti marah bila panggil bb..yelah, sudah masuk form 1 kan. 
Malu la tu panggil bb..tapi dah terbiasa begitu...kakak abby la kan :) 

Sudah selamat diserahkan kepada tuannya.
Abah pergi sekolah untuk terima 'wang bantuan persekolahan' tu dan juga hantar barang-barang yang tertinggal (selalu tertinggal barang, budak-budak baru duduk asrama kan, haha)
Sudah diselitkan sekali bantal ini....respon dia? wajib suka la sebab dah buat..hehe

Lama dah tertangguh misi nak bagi untuk adik-adik kan...selalu sibuk lain ja!ahaks...

Bantal EXO yang berwarna biru di bawah pula.... 


EXO XINGDAEJONG
Untuk adik yang kelima...Haziyah :)

Bantal ini akan diserahkan kepada tuannya waktu keluar outing hujung minggu ini. Dia dah excited nak bantal ini. Tetapi dah warden asrama nak wakilkan ambil wang bantuan persekolahan tu maka abah tak payah pergi sekolah dah la. Tapi, dia siap pesan la ambil dia untuk keluar outing. Nak beli buku katanya. Ok, fine :)
Bolehlah bagi nanti...


Kuih keria enak rasanya,
 Tapai juga jadi pilihan, 
Minat Korea tiada salahnya,
Usah sampai abai pelajaran.

Alhamdulillah, dalam 'kerajinan' mood cuti ini akhirnya berjaya juga siapkan projek untuk adik-adik ini. Terima kasih Allah untuk kesempatan ini.

---------------------------------------------
---------------------------------------------

Baiklah, kita lihat pula bahan-bahan yang digunakan untuk bantal EXO ini :)

Fabrik utama kain flannel (suka sebab lebih gebu bantal)
Hiasan kain felt polyster dan kain felt printed polkadot.
Diisi fiber dan benang jarum untuk menjahit. 

---------------------------------------------
---------------------------------------------

Mudah je kan? Anda peminat KOREA? atau memiliki adik yang turut minat kumpulan EXO? Jom, salurkan minat mereka ini dengan baik...moga menjadi sumber inspirasi buat mereka. Ingatkan adik-adik kita, belajar dari KOREA. Bukan melayan ketawa terbahak-bahak dan bengkak-bengkak mata menangis sahaja. Mana tahu, mereka boleh fly belajar sampai ke Korea kan? Semoga bertambah semangat juang mereka untuk menekuni pelajaran. Doakan ya ^^

Berminat boleh PM kami...
Instagram : ina nailofar
atau tinggalkan komen di blog ini.

Sekian....gamsahamnida  :)

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah