***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PENANDA BUKU : USTAZAH NURULHANA (SARAWAK)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif. Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar) 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM PENUH MAHABBAH


Kerja mengemaskini blog di malam hari :)
Seronok. Tak caya, cubalah.

Kali ini tiba giliran tempahan dari jauh, nun di negeri Sarawak.

Tempahan Ustazah Nurulhana Abdul Samad dari Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee, Kuching.
Tempahan yang diterima lewat dini malam. 

Sebanyak 250 unit penanda buku tema cikgu perempuan. Boleh tahan juga banyak jumlahnya. 
Kata-kata ucapan yang diminta juga ada.
Tempahan yang begitu mencabar juga untuk disiapkan kerana tempoh masa yang tidak lama. 

Tak nak cakap banyak, jom layan gambar-gambar yang sempat melintasi lensa kamera.

250 batang kesemuanya. Pastinya dijual pada harga borong :)

Intai-intai semasa pembikinannya. Semua beratur molek je...D.I.Y gitu :)

Ha, siap! Alhamdulillah :)

Kesemua tempahan ini dibungskus satu per satu. Sebab nak bagi hadiah kan :)


Ucapan ikhlas dari hati :)

Pesan hati ke hati :)


Tara...siap kesemuanya! Terdapat 11 jenis warna kesemuanya.
250 unit penanda buku.
Rasa lega sangat-sangat kerana berjaya menyiapkannya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang menimpa semasa tempoh tersebut namun syukur, Allah bantu juga akhirnya!

Terima kasih kepada Ustazah Nurulhana kerana sudi tempah dan bersabar menanti. 
Mohon maaf di atas segala kekurangan.
Allah sebaik-baik Perancang. Kita hanya seorang hamba kan?



 Berminat dengan produk handmade kami? 
Jom tempah segera (Mesej kami untuk sebarang pertanyaan) 

Facebook : Kraf Ina Nailofar 
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/ 
Instagram : inanailofar 
What apps : Ina Nailofar 
No. Tel. : 013-4042281/018-2622924

PENANDA BUKU : CIKGU ROSMINAH(PULAU PINANG)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif. Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar) 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan SALAM SEJAHTERA

Update, update dan update :)

Tempahan kraf bulan April yang lalu. 
Sangat istimewa, kenapa ya?tempahan yang diterima sebaik sahaja selesai melakukan suatu kerja murni. Tup, tup, masuk mesej tempahan ini.

Jumlah kuantiti tempahan yang diterima merupakan yang terbanyak. Pecah rekod kami! Alhamdulillah, pertama kali dapat tempahan penanda buku sebanyak 300 unit. Syukur sangat. 

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rosminah Arifin dari Pulau Pinang.
Cikgu Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Pokok Sena, Kepala Batas.

Beliau menempah 300 unit penanda buku kesemuanya.
200 unit design penanda buku batang kecil.
100 unit design bunga penanda buku saiz besar.

Jom lihat hasil tempahannya :)

200 unit penanda buku (saiz batang kecil)
untuk murid-murid SK Ara Rendang

100 unit penanda buku (saiz batang besar)
Untuk guru-guru SK Ara Rendang


SEKITAR LENSA







Cikgu Rosminah ada minta ditampal kata-kata motivasi yang sesuai untuk guru. Fikir punya fikir, dapat idea untuk letak kata-kata Ustaz Pahrol, maka inilah hasilnya.....






Moga menjadi saham akhirat buat Ustaz Pahrol juga...kata-kata motivasi yang memberi semangat kepada semua orang, saya kira. Insya-Allah :) 

baiklah, sekarang kita lihat pula hasil untuk penanda buku edisi murid :)










Nah, siap bungkus!
Alhamdulillah, sudah selamat sampai kepada tuannya!



Terima kasih sudi order bersama kami.
Terima kasih juga atas kesabaran cikgu. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baiknya.


 Berminat dengan produk handmade kami? 
Jom tempah segera (Mesej kami untuk sebarang pertanyaan) 

Facebook : Kraf Ina Nailofar 
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/ 
Instagram : inanailofar 
What apps : Ina Nailofar 
No. Tel. : 013-4042281/018-2622924

PENANDA BUKU : KASMAH (PERAK)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif.
 Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar) 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM KEMESRAAN 

Mood mengemaskini malam ini. Alhamdulillah, minit-minit terakhir berada di bumi Hijau UPM ini dimanfaatkan untuk update kerja kraf. Tak best juga asyik tengok blog bersawang ke kan. Padahal banyak tempahan yang sudah dilunaskan. Cuma, masa untuk ke blog sahaja yang selalu pending...tut. Berhenti membebel. Senyum. Time to story-mory,haha...menangis teacher sekolah dulu kalau tahu ayat gini :)

Tempahan kali ini diterima daripada seorang pelanggan yang setia. Ceewah. Iya, betul. Beliau layak dapat anugerah setia ni sebab tempahan ini sudah masuk kali ke-3. Diulangi kali ke-3 :)
Tak caya? takpe, kami ada buktinya.

Tempahan 1, sekitar bulan Februari. Tekan sini. 

Tempahan 2, sekitar bulan Mac. Klik di sini. 

dan kali ketiga ini untuk bulan April :)
Alhamdulillah. Repaet order yang manis.

Terima kasih Kak Kasmah Sidik dari Tanjung Malim, Perak.
Kali ini beliau menempah 40 batang penanda buku. Saiz kecil dan design campur-campur.

Milik Kasmah dari Perak :)

Entri kali ini istimewa sedikit sebab ada gambar sekitar pembikinan....jom layan, fasa in the making :) 

Hasilkan pre cut dahulu....kerja gunting-gunting.

Tadaaa...pre cut yang berjaya dihasilkan. Bercampur-baur dengan pelbagai rekaan yang lain. 

Dan ini tempahan beliau...siap gam ini di kolej. Sambung buat kerja di sekolah. Manfaatkan masa gap antara kelas...hehe

Setelah sekian bertungkus-lumus...maka siaplah ia.

Tema bentuk hati :)

Tema muslimah nan ayu :)

Tema bunga yang sedang mekar :)


Tema kereta :)

Tema muslimin yang kacak :)

Ini pula tagline yang dilekatkan...menurut beliau campur-campur sahaja word...maka, guna stok yang ada la. 


Lagi...


dan lagi :) 
Comel kan? Ina paling suka butang tu...tayar kereta. Haha...

Ini hasilnya...penanda buku yang kiut-miut daripada kami.

Semoga berpuas hati :)
Terima kasih.

Nota = Kenangan tangkap gambar atas meja di Bilik SPBT MAHISS :)
Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air. 


 Berminat dengan produk handmade kami? 
Jom tempah segera
 (Mesej kami untuk sebarang pertanyaan) 

Facebook : Kraf Ina Nailofar 
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/ 
Instagram : inanailofar 
What apps : Ina Nailofar
No. Tel. : 013-4042281/018-2622924

PENANDA BUKU : ADILAH (MUAR, JOHOR)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif.
 Jom, berkraf kreatif!"
 (Galeri Kraf Nailofar) 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM KEMESRAAN 

Hai, apa khabar semua? Semoga sentiasa ceria dan bersemangat menghadapi kehidupan. Lama kami tidak mengemaskini blog kesayangan ini. Intai tarikh entri yang terakhir nun 28 Mac 2014. Sekarang? Sudah menjengah ke bulan Jun 2014. Huh, jangka masa yang agak lama tu. Ke mana menghilang?

Sebenarnya, aktiviti crafting tetap berjalan. Tempahan yang menyinggah ke peti mesej facebook atau whatapps kami layani sehikmahnya. Cuma kuantiti dan jenis tempahan sahaja yang dihadkan. Hal ini kerana sepanjang tempoh kurang lebih tiga bulan yang lalu, salah seorang krew kami menjalani latihan mengajar di Sekolah Kluster Kecemerlangan di Kajang, Selangor. Jadi, hanya tempahan yang tidak rumit sangat sahaja yang diterima. Baiklah, masa untuk kemaskini segala tempahan yang lalu. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada. Walaupun sibuk sangat dengan komitmen yang sedia ada tetapi tetap ada ruang yang diperuntukkan untuk crafting. 

Tempahan kali ini diterima daripada Cikgu Adila. Beliau menempah 200 batang penanda buku. Semua saiz batang kecil. Maka, harga borong yang istimewa disediakan. 



Design rekaan yang diminta ialah campur-campur. Jadi, ini memberi kebebasan kepada kami untuk menyiapkan mengikut stok rekaan sedia ada. Antara tema yang dihasilkan ialah muslimah, bintang, love, epal, muslimin, kemeja dan kereta. Keseluruhannya, 125 batang penanda buku khas untuk murid perempuan dan 75 batang penanda buku untuk murid lelaki. 

Jom layan gambar yang sempat diambil :)

T-shirt atau kemeja :)
*Khas untuk murid lelaki*

Tema kereta :) 
*Khas untuk murid lelaki*

Tema muslimin :) Hensem tak pak ustaz ni?hehe
*Khas untuk murid lelaki*

Dan ini pula rekaan untuk murid perempuan....tema gadis-gadis gitu :)
Layan gambar di bawah....

Tema muslimah
*Khas untuk murid perempuan*

Tema buah epal...kerana manisnya epal! :)
*Khas untuk murid perempuan*

Tema LOVE ataupun HATI...jagalah hati, jangan kau kotori :)
*Khas untuk murid perempuan*

Tema Bintang...kupetik bintang, bintang :)
*Khas untuk murid perempuan*

Daaa...ini kata-kata yang diminta oleh Cikgu Adilah :)

Comelkan?
Bertuah anak murid Cikgu Adilah ini. 

Terima kasih Cikgu Adilah. Pihak kami mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang pembikinan produk ini. Yelah, waktu ini tersangat sibuk tetapi tetap usaha juga untuk siapkan tempahan. Dan inilah hasilnya. Sangat berpuas hati.

Tempahan ini juga menggamit memori kerana....kerana....kami buat pertama kalinya pergi hantar sendiri barangan ini kepada pemiliknya. Dapat jalan-jalan meredakan tekanan sikit kan :) Everything happen for a good reason. 

Baiklah, sekian sahaja update kali ini...

Nota = Gambar banyak comot gam kelam-kelibut...hehe...apapun maintain comel kan? *perasan*


 Berminat dengan produk handmade kami? 
Jom tempah segera 
(Mesej kami untuk sebarang pertanyaan) 

 Facebook : Kraf Ina Nailofar 
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/ 
Instagram : inanailofar 
What apps : Ina Nailofar
No. Tel. : 013-4042281/018-2622924
 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah