Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga. Dengan izin Allah SWT, akhirnya dapat disiapkan sebuah blog khusus untuk Kraf Ina Nailofar. Semoga dengan kewujudan blog ini dapat melancarkan lagi segala urusan. Insya-Allah.
Watermark 'Kraf Ina Nailofar' -Hak cipta terpelihara- |
Mesti kalian tertanya-tanya, apakah itu Kraf Ina Nailofar?
----> Kraf Ina Nailofar. Sedap tak nama? :)
Perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan oleh adik-beradik yang berasal dari Utara Malaysia. Siapakah gerangan kami? Nantikan entri seterusnya. Kraf yang dihasilkan merupakan hasil kraf tangan sepenuhnya. 100%handmade. Material utama yang digunakan ialah kain fabrik felt, butang beraneka bentuk, kertas, foam dll.
Antara produk yang dihasilkan oleh Kraf Ina Nailofar ialah :-
1) Penanda buku
2) HP Charm
3) Keychain
4) Brooch
5) ID Card Holder
6) Pendrive Case
7) HP Case
8) Bantal felt
9) dll
Bila Kraf Ina Nailofar bermula?
---> Sekitar bulan Ogos tahun 2011. Namun, bermula secara atas talian pada 2012. Dan akhirnya 2013, Kraf Ina Nailofar mengembangkan sayap ke blog pula. Semoga lebih serius berkraf kreatif. Insya-Allah.
Nak tahu lebih lanjut boleh singgah ke,
Facebook : Kraf Ina Nailofar
Emel : ina_nailofar@yahoo.com
Salam kemesraan,
~Kraf Ina Nailofar~
1 comment:
salam