***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)
Showing posts with label KEYCHAIN. Show all posts
Showing posts with label KEYCHAIN. Show all posts

DOORGIFT : KEYCHAIN

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif. Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar)


*DOORGIFT BAJET*
By Galeri Kraf Nailofar

Mencari hadiah/cenderahati untuk majlis istimewa anda?
Mahukan sesuatu yang mempunyai nilai seni dan dekat di hati?
Pastinya pada harga yang berpatutan?

Kami ada menyediakan doorgift bajet untuk majlis perkahwinan/ulang tahun kelahiran/sambutan Hari Guru dan lain-lain cara. 

Doorgift bajet 1 : keychain**

Boleh request design/warna dan lain-lain bersesuaian majlis anda.
Tempahan perlu dilakukan seawal sebulan sebelum majlis. Tempahan secara tergesa-gesa tidak digalakkan.
Harga borong disediakan pada kuantiti 20 dan ke atas.
Tempahan akan dibuat setelah pembayaran dibuat. Ini bagi mengelakkan pembatalan pesanan pada minit-minit terakhir barangan siap.

Sekitar lensa....projek kraf kami :) 

Keychain bentuk 'hati'
Sesuai untuk majlis pertunangan/perkahwinan....

Keychain jersi....sesuai untuk guru-guru praktikal di sekolah :) 
Khasnya murid-murid lelaki...

Keychain muslimah :)


Doorgift bajet :) 100% handmade....


BERMINAT?
UNTUK TEMPAHAN / PERTANYAAN, hubungi J

Instagram : inanailofar
What apps : Ina Nailofar


No. Tel. : 013-4042281

TEMPAHAN : DR.FATHIYAH (UPM, SERDANG)


Assalamualaikum W.B.T dan salam kemesraan yang berpanjangan.
Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, saya sudah selamat mendarat di Pulau Mutiara. Pastinya dalam mood bercuti di samping keluarga tersayang.

Kemaskini blog, fuh sawang-sawang yang ada! :)

Tempahan yang menjadi tirai penutup untuk semester ketujuh yang lalu. Syukur sangat apabila mengenangkan proses tempahan yang sungguh istimewa. Benarlah betapa mudahnya menjemput rezeki. Usai imtihan, dapat tempahan, struggle siapkan dan siap!

"Yang membuat kita kuat ialah DOA,
yang membuat kita dewasa adalah MASALAH,
yang membuat kita maju adalah USAHA KERAS,
yang membuat kita semangat adalah HARAPAN DAN IMPIAN."
(Dr. Fathiyah, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

Terima kasih Dr. Fathiyah (lebih mesra dipanggil Ustazah Fathiyah) atas tempahan ini. Siap dapat mutiara kata di atas lagi (diterima melalui kiriman sms) dan pastinya bakal menghiasi penanda buku selepas ini. 


Keseluruhannya, tempahan....

1 kotak alat tulis
2 keychain nama (untuk anak ustazah, Insyirah)
5 penanda buku
2 pendrive case


Terima kasih ustazah Fathiyah. Semoga anak ustazah gembira menerimanya. 

Terasa cukup terharu menerima tempahan daripada pensyarah. 
Cukup supportive!
Jom-jom usaha keras lagi untuk hasilkan yang lebih baik. 

Cuti semester-----> satu perubahan!
Mohon doa kalian ya :) 

Salam mesra,
*CEO Galeri Kraf Nailofar*

TEMPAHAN : SITI AISYAH (PERAK)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Kembali bertemu di Galeri Kraf Nailofar.  Final Exam Cik Ina sudah melabuhkan tirainya. Alhamdulillah. Usaha sudah, doa pun sudah maka tawakal bulat-bulat kepada Sang Pencipta. Cik Ina yakin, kita takkan kecewa bila kita berserah diri 100% kepadanya. Insya-Allah. 

Baiklah, masa untuk kemaskini tempahan yang lalu. Tempahan adik Siti Aisyah dari Perak :)  Pelanggan setia kami ni...hampir kurang lebih 3 kali berurusan menempah barangan. Cayalah dik! Kesetiaanmu menjadikan kami pilihan menyebabkan akak bersungguh-sungguh berjuang menyiapkan tempahan ini meskipun masa sangat genting tika itu (minggu ulangkaji). Alhamdulillah satu malam siap..hehe 

Hadiah untuk birthday katanya...harap dah selamat tiba pada masa yang dijanjikan. 

3 keychain nama dan 2 keychain jersi :)
Pastinya ada hadiah percuma diselitkan!


Disebabkan rasa risau juga kalau-kalau Pos Malaysia mengalami kelewatan penghantaran. Yelah, hari kejadian dekat-dekat nak cuti umum kan. Maka, mesej diutus untuk mengetahui statusnya. Dan...dan terharu sangat dengan respon adik ini. Haha...bacalah testimoni di bawah :-

Bukti pelanggan setia kami :) 

Terima kasih ya. Lain kali boleh tempah lagi. 


Salam ukhwahfillah,
Galeri Kraf Nailofar
-Cik Ina-


 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah