***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PENANDA BUKU : CIKGU INA NAILOFAR - UPM, SELANGOR

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. 
Semoga kita semua sentiasa ceria dan tenang melalui kehidupan.

Kembali untuk mengemaskini perkembangan aktiviti kraf kami. Setelah sekian lama asyik menerima tempahan daripada para pelanggan sahaja, kali ini kami mengambil kesempatan ini untuk 'menaja' diri sendiri untuk suatu tugasan kuliah. Haha...sponser diri sendiri gitu :)

**Bookmarks untuk micro teaching Cikgu Ina Nailofar**


Menjadi pelajar bidang pendidikan memang sinonim dengan kelas amali dan pengajaran mikro. Begitu jugalah dengan diri ini. Setelah beberapa minggu melihat teman-teman beraksi mengajar di hadapan kelas, akhirnya minggu ini tibalah giliran saya pula. Insya-Allah, akan mengajar strategi pengajaran menggunakan 'blog' :) dengan menggunakan kemahiran menulis.  Baiklah, bukan bagaimana saya mengajar yang mahu dikongsikan di sini sebaliknya cara pembahagian kumpulan untuk aktiviti murid-murid. 


Dengan menggunakan teknik didik hibur, 'guru kreatif murid aktif' yang ingin diterapkan. Jadi, bagi menimbulkan mood minat murid untuk menyertai aktiviti kumpulan ini, mestilah bermula sedari cara pembahagian kumpulan itu. Jika teknik tradisional bermula kiraan nombor 1-4 dari tepi dan ulang semula nombor tersebut untuk pembahagian kumpulan, saya memilih untuk membahagikan murid kepada kumpulan dengan menggunakan objek yang sama. Contohnya, seperti di bawah :-

Murid-murid di dalam kelas terdiri daripada 24 orang. Tolak seorang camera-girl yang akan merakamkan saya mengajar, huhu...ini yang mengundang debaran sebab dirakam :) 
jadi, akan membentuk 4 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang untuk satu kumpulan. 

Bookmark epal biru untuk kumpulan biru

Bookmarks epal hijau untuk kumpulan hijau

Bookmarks epal merah untuk kumpulan merah

Bookmarks epal ungu untuk kumpulan ungu


****Insya-Allah murid-murid akan lebih teruja untuk mengikuti aktiviti dan setiap kumpulan ada la trademarks masing-masing. Tetapi pastikan murid tidak berebut ketika pembahagian penanda buku ini :)  Kang, kecoh kelas...terjejas kawalan kelas. 

Di sebalik pembahagian kumpulan menggunakan teknik ini....ya, inilah yang mahu disebar luaskan. kepentingan membaca. Itu simbolik bookmarks! Hadiah kenangan juga untuk sahabat-sahabat yang membantu menjayakan pengajaran mikro ini...

Pastinya salah satu strategi menjayakan promosi kraf sendiri...hehe
Cikgu BM saya kata dulu, sambil menyelam kena minum air! ops, peribahasa melayu :) 


Tara.....inilah perkongsian ringkas yang ingin saya titipkan di sini. 
Betapa menjadi guru itu sangat best jika kita kreatif.
Insya-Allah, murid-murid akan aktif untuk terlibat dalam pengajaran. 

Bookmarks bentuk epal....kenapa bentuk epal????Mungkin sebab kawan saya suka beli epal setiap kali pergi Pasar Malam Serdang...ops...hehe

***Penanda buku***


Berminat untuk mendapatkan penanda buku ini?
Boleh hubungi kami di facebook dan blog Galeri Kraf Nailofar.
Harga borong istimewa disediakan untuk tempahan melebihi 20 batang.
Untuk gambar lebih lanjut boleh cuci mata di album kami. 

Salam penuh inspirasi,
Cikgu Ina Nailofar

No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah