***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PENANDA BUKU : USTAZAH HAWA RIAH (KELANTAN)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif. Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar) 

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!

Syawal ke-6 sudah. Alhamdulillah, akhirnya mood kemaskini blog datang jua :)
Orang lain sibuk pergi beraya. Tetapi kami? Cukup-cukuplah tu beraya, lusa sekolah nak buka dah kan? Jadi, saki-baki cuti yang ada baik manfaatkan dengan sebaiknya. 

Belek buku jualan. Alhamdulillah, sentiasa masuk pertanyaan dan tempahan. Tapi, buka blog tengok. Tiada langsung update tempahan. Inilah terjadi jika selalu bertangguh. Tobat-tobat. Kembali mengaut semangat Ramadhan lalu, tak nak tangguh-tangguh dah. Sekarang sendiri letih nak update segala projek kraf...haha

Baiklah, musim belakang tengok tempahan bulan Mei 2014 yang lalu. Tempahan istimewa daripada ibu saudara di Pengkalan Chepa, Kelantan. 

30 Penanda Buku untuk hadiah Hari Guru anak-anaknya.

20 batang untuk guru perempuan
10 batang untuk guru lelaki

30 batang penanda buku saiz besar kesemuanya. 

Design.
Agak mudah berunding dengan Mak Ndak Hawa Riah ni. Tema untuk guru perempuan bunga. Tema untuk guru lelaki jersi. Jadi, Ina campur-aduk dengan stok sedia ada. Cuma tema jersi kena potong felt sendiri la. memang tiada stok sedia ada. 

Tema bunga :)

Penanda Buku tema jersi :) 

Tempahan kali ini agak istimewa. Yelah, bulan Mei. Sambutan Haru Guru la. Jadi, word diminta bertemakan hari guru. 



  Tara....siap!
Walaupun dalam kesibukan praktikal di penghujung minggu tetapi berjaya juga menyelesaikan projek ini. Jom, packing dalam plastik pula. Nak bagi hadiahkan. 


Percuma kalendar poket tahun 2014.
Edisi istimewa ni.



Terselit name card juga.

Terima kasih Mak Ndak Hawa Riah kerana sudi tempah dengan Kak Ngah. Amat menghargai sokongan yang diberikan. Tahun depan, jangan lupa tempah lagi ya. 


Cantik kan? Penanda Buku bertemakan Hari Guru 2014.


Berminat dengan produk handmade kami? 

Jom tempah segera
 (Mesej kami untuk sebarang pertanyaan) 

 Facebook : Kraf Ina Nailofar 
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/
 Instagram : inanailofar 
What apps : Ina Nailofar 
No. Tel. : 013-4042281

No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah