***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)
Showing posts with label FRAME. Show all posts
Showing posts with label FRAME. Show all posts

TEMPAHAN : AMI (UPM SERDANG)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Memetik kata-kata, "Orang tenang sentiasa menang (Prof. Dr. Muhaya, 2014)." 

Alhamdulillah, benar sekali..dengan izin Allah SWT, semalam (7 Januari 2014) Cik Ina telah lulus dengan jayanya di dalam Ujian Memandu JPJ. Yahoo, lepas ini boleh pergi kedai kraf dan angkut barang banyak-banyak. Jika dahulu, naik motor payah sikit kan nak bawa barang banyak-banyak. Pergi dengan orang (selalunya abah, adik, kakak, sahabat-sahabat yang temankan masa beli barang) kesian juga mereka terpaksa menunggu lama dek kerana minatku untuk duduk menatap dan membelek lama-lama...haha   Insya-Allah, ada lesen lengkap kini membolehkan kami bergerak dengan lebih selesa. Semoga Allah redha.
(akan bersambung cerita ini di blog peribadi, haha)
  
Baiklah, mood mengemaskini blog, perlu dirai dengan sebaik mungkin.
Sementara talian internet u-spot di bumi barakah UPM ini masih laju, segala urusan perlu diselesaikan.
Sebelum pulang bercuti pada hari sabtu ini, insya-Allah :)

Alhamdulillah, di hujung-hujung semester ketujuh ini masih ada sudi menempah. Tempahan daripada seorang rakan sekuliah, Ami yang manis. 

Tempahan bingkai gambar. Kuantiti dua :)
Mudah bangat! 
Barang mentah semua tersedia ada. Maka perlu susun dan gamkan sahaja.

Ini hasilnya.....





Terima kasih Ami :)
Selamat mempersiapkan diri untuk keluar berpraktikal bulan Februari nanti.
Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.

*Terharu juga apabila menerima tempahan daripada sahabat-sahabat PBMP ini. Betapa mereka menyokong bisnes kecil-kecilan sahabat mereka ini. Alhamdulillah. Buka mata dan buka hati, betapa Allah jadikan bisnes ini sebagai wasilah untuk mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan. Bukan mengejar duit semata. Allah...takdir-Mu indah-indah belaka! Mana mungkin aku tidak bersyukur?!
Muhasabah Nailofar :)
Fi amanillah 

****Mahu menempah bingkai gambar yang penuh warna-warni ini juga?
Boleh hubungi kami di facebook dan blog.

BINGKAI GAMBAR : AIN, UPM SERDANG

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera :)
Kembali bersua.

Kemaskini blog bersawang, fuh....

Kali ini, tempahan orang dekat lagi. Rakan sekuliah dan sepengajian. Hadiah untuk sahabat juga :)
Tempah dah lama, cuma...cuma...cuma...biasalah nak buat tu yang lambat sikit. Sabar itu indah kan. Hehe....

Baiklah...jom lihat hasilnya...

S.A.H.A.B.A.T
Bersama bukan setakat di dunia je kan? 


Bingkai gambar yang istimewa :) 
Siap boleh letak N.A.M.A


Tada.....ini rupa bentuknya.

***Terima Kasih Cikgu Ain kerana sudi tempah bersama kami. Amat kami hargai. Kawan support bisnes kawan. Semoga mampu mengeratkan jalinan ukhwah kalian. 

Berminat?
Boleh hubungi kami :)

-Facebook dan Blog-

Sehingga berjumpa lagi...wassalam. 

BINGKAI GAMBAR : FAIZNURA - UPM SELANGOR.

Ukhwah ibarat rumah,
Tak perlu cantik,
Tak perlu mewah,
Asalkan bahagia...di dalamnya! :)

Ceeewah....kali mula bicara dengan kata madah pujangga. Hehe...
Sebenarnya kami sedang berada di dalam mood ceria.

Maklumlah, tempahan kraf kali ini diterima daripada seorang guru pelatih Bahasa Melayu dari UPM, Selangor. Eh, macam kenal je kos ni! Tet....hehe

Tempahan 5 buah bingkai gambar.
Tema persahabatan :)
Bawah frame diletakkan nama manja masing-masing. 

Sweet sangat!

Jom cuci mata dengan tempahan kali ini.....

Cantik, bukan? Jom tempah segera.... :) 
Penyeri meja belajar anda!


Beliau juga merupakan pelajar tahun terakhir, jadi mahu hadiahkan bingkai gambar ini sempena ulang tahun kelahiran rakannya dan kenangan 4 tahun bersama la.

Bertuah punya sahabat seperti ini, bukan?

Jom lihat hasilnya....




Ini hasilnya :)  

Faiznura dan sahabat-sahabat...semoga bergembira.
Sukses sokmo!

Siap dibalut...terima kasih sudi tempah bersama kami. 

Nota mesra : Faiznura merupakan rakan sepengajian saya di UPM. Terima kasih tau sudi support bisnes kawan. Pembelian kali kedua ni selepas Pesta Konvo yang lalu...Cayalah :)
pastinya, beliau layak menerima free gift HP Charm yang comel ^^

Baiklah, sampai di sini dahulu...berminat untuk tempah frame ini?
Hubungi kami ya. 

Salam sayang,
Galeri Kraf Nailofar

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah