Selang beberapa minggu selepas itu, kami dirisik lagi. Kali ini oleh blogger lain pula. Hati berbunga ceria atas kesudian mereka memilih kami. Teringat suatu kata-kata, jika kita tunaikan hajat orang, urusan kita akan dipermudahkan. Atas kekuatan itu, kami dengan tangan terbuka menerima pelawaan tersebut.
Allah sentiasa takdirkan yang indah-indah buat hamba-hamba-Nya. Tidak hilang lagi debaran itu, satu lagi risikan diterima. Kali ini blogger yang bertanya ketika kami sedang enak pulang cuti Raya Aidiladha. Si blogger tersebut ada menyatakan had tarikh untuk memberi kata putus. Kami terperasan akan mesej tersebut sebaik sahaja tarikh yang dinyatakan telah berlalu. Namun, sudah dikatakan rezeki. Akhirnya, si blogger tersebut senang sahaja menerima kami walaupun persetujuan diberi selepas tarikh tutupnya.
Alhamdulillah, dalam tempoh masa sebulan lebih, dirisik tiga orang Blogger. Semoga kolaborasi ini memberikan seribu satu makna dan menjadi langkah mula untuk tampil maju serta berdaya saing. Terima kasih memilih kami.
Siapakah Blogger-blogger tersebut? Cerita lanjut tunggu entri akan datang. Wassalam....
Gambar sekadar hiasan (*^-^*)
Bantal felt ini boleh ditempah bersama kami.
No comments: