***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PENANDA BUKU : CIKGU APINPIN - PERAK.

Kemaskini tempahan :)

Pastinya penanda buku lagi...


Alhamdulillah, cuti pertengahan semester kami lebih berseri apabila menerima tempahan 60 batang penanda buku ini. Ditempah oleh seorang guru praktikal dari Kuala Kangsar, Perak. 

Lihat, betapa penyayangnya cikgu pelatih ini. 
Beruntunglah anak-anak murid yang mendapat penanda buku ini sebagai sumber kenang-kenangan.

Baiklah, jom lihat sekitar lensa yang disediakan :)

Tema yang diminta 'girl' bertudung.
melambangkan cikgunya la ^^

Tema warna hijau polkadot

Tema warna hijau bunga-bunga
Siap ada brooch butang lagi kat atas tu :) 

Tema warna merah petak-petak, 
sekali tengok macam baju tadika KEMAS dulu-dulu..hehe

Tema warna biru corak bunga-bunga

Pink polkadot

Purple polkadot



Nah....ini wajah 60 batang kesemuanya :) 
Siap, sedia dibungkus!

Pastinya harga borong disediakan :)
Jom tempah penanda buku. 

Label yang dicetak khas oleh Cik Printer tersayang :)


Ini dia rupanya bila siap dibungkus....pastinya percuma kalendar poket 2014 :) 


Ini lagi...cantik bukan?

Semoga Cikgu Apinpin gembira dengan tempahan ini.
Murid-murid yang menerima hadiah ini pula semakin rajin membaca buku (tambah pula dekat cuti sekolah ini, harus manfaatkan masa lapang dengan bijaksana) dan bertambah kasih sayang antara guru dan murid. 

Terima kasih sudi menempah bersama kami.

Salam inspirasi berutus senyuman,
Galeri Kraf Nailofar

No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah