***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

CONTEST BY ZISAZZA

Julung kalinya Kraf Ina Nailofar terpanggil untuk menyertai peraduan terbuka yang memerlukan sejumlah LIKE yang banyak untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. 
Penangan hadiah yang ditawarkan? 
Mungkin sebab hadiah sangat lumayan untuk para crafter namun itu bukanlah tujuan utama.
Sesuatu yang pasti, penyertaan pertama ini menjadi titik mula untuk Kraf Ina Nailofar membina nama dan keyakinan diri untuk berada dalam kelompok masyarakat. 

Jom, tepuk-tepuk support kepada Kraf Ina Nailofar.

Sebelum like gambar, pastikan like page ZISAZZA terlebih dahulu sebagai penganjur peraduan ini.
Kemudian, baru LIKE gambar di bawah yang boleh dicapai melalui pautan ini.


Contoh gambar yang mewakili Kraf Ina Nailofar


PENGENALAN

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Perkenalan berutus senyuman.

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga. Dengan izin Allah SWT, akhirnya dapat disiapkan sebuah blog khusus untuk Kraf Ina Nailofar. Semoga dengan kewujudan blog ini dapat melancarkan lagi segala urusan. Insya-Allah.

Watermark 'Kraf Ina Nailofar'
-Hak cipta terpelihara-


Mesti kalian tertanya-tanya, apakah itu Kraf Ina Nailofar?

---->  Kraf Ina Nailofar. Sedap tak nama? :)
Perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan oleh adik-beradik yang berasal dari Utara Malaysia. Siapakah gerangan kami? Nantikan entri seterusnya. Kraf yang dihasilkan merupakan hasil kraf tangan sepenuhnya. 100%handmade. Material utama yang digunakan ialah kain fabrik felt, butang beraneka bentuk, kertas, foam dll.






Antara produk yang dihasilkan oleh Kraf Ina Nailofar ialah :-
1) Penanda buku
2) HP Charm
3) Keychain
4) Brooch
5) ID Card Holder
6) Pendrive Case
7) HP Case
8) Bantal felt
9) dll

Bila Kraf Ina Nailofar bermula?
---> Sekitar bulan Ogos tahun 2011. Namun, bermula secara atas talian pada 2012. Dan akhirnya 2013, Kraf Ina Nailofar mengembangkan sayap ke blog pula. Semoga lebih serius berkraf kreatif. Insya-Allah.

Nak tahu lebih lanjut boleh singgah ke,
Facebook : Kraf Ina Nailofar
Emel         : ina_nailofar@yahoo.com

Salam kemesraan,
~Kraf Ina Nailofar~
 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah