***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

KAD HANDMADE : CIKGU MARINA (SMKAMH)


"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif. Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar)

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM LEBARAN

*Misi update kerja kraf*
Bulan Mei 2014

Al-kisahnya ketika masih berada bumi tarbiyah MAHISS. Masih ranum menjadi guru praktikal. Haha...

Kunjungan mesej daripada seorang guru Mahiss untuk tempah kad jemputan sempena Majlis Persaraan Ustazah Che Ainu Bt Che Ahmad. Katanya nak versi special sebab ini kemuncak kerjaya kan. Bagi ada kenangan dan impak kejutan la. Maka, fikir punya fikir memang belum pernah buat kad handmade daripada felt ini. Tapi niat nak buat tu dah ada cuma belum berkesempatan dan tiada motif nak buat. Jadi, permintaan Cikgu Marina dilihat amat bertepatan dengan misi projek krafku. 

Sabtu. Ahad. Fikir. Idea ada cuma masih memeram. 

Isnin. Jam 4 pagi baru bangun buat.

2 jam berlalu. Siap. 

Jom lihat hasilnya.....taraaaaa :) 

*Cover hadapan*


Bahan-bahan =

Felt polyster
Felt polkadot Daiso
Alphabet buttons
Buttons tiny
Half pearl
Kertas A4
Gam UHU
Gam tembak


Buka muka dalam :)
Meriah kan?


Ayat semua Cikgu Marina bagi...tugas kami taip dan printing sahaja :) 


*Ink hitam Mr.Printer mengalami sedikit gangguan, maka ink blue black pun jadi la. Janji boleh baca :) 


Atur cara program pun ada. Kad jemputan majlis untuk VVIP kena lengkap.


Daaa....itulah gambar yang sempat melintasi kamera.
Cantik tak?

Percubaan pertama. Handmade card by felt. Not bad! 


Selamat bersara Ustazah Che Ainu.
Seorang pendidik yang banyak berjasa.
Dunia pendidikan pasti merindui insan hebat dan tawaduk sepertinya.


 Berminat dengan produk handmade kami?

Jom tempah segera 
(Mesej kami untuk sebarang pertanyaan) 

Facebook : Kraf Ina Nailofar 
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/ 
Instagram : inanailofar 
What apps : Ina Nailofar 
No. Tel. : 013-4042281

No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah