***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

BINGKAI GAMBAR : FAIZNURA - UPM SELANGOR.

Ukhwah ibarat rumah,
Tak perlu cantik,
Tak perlu mewah,
Asalkan bahagia...di dalamnya! :)

Ceeewah....kali mula bicara dengan kata madah pujangga. Hehe...
Sebenarnya kami sedang berada di dalam mood ceria.

Maklumlah, tempahan kraf kali ini diterima daripada seorang guru pelatih Bahasa Melayu dari UPM, Selangor. Eh, macam kenal je kos ni! Tet....hehe

Tempahan 5 buah bingkai gambar.
Tema persahabatan :)
Bawah frame diletakkan nama manja masing-masing. 

Sweet sangat!

Jom cuci mata dengan tempahan kali ini.....

Cantik, bukan? Jom tempah segera.... :) 
Penyeri meja belajar anda!


Beliau juga merupakan pelajar tahun terakhir, jadi mahu hadiahkan bingkai gambar ini sempena ulang tahun kelahiran rakannya dan kenangan 4 tahun bersama la.

Bertuah punya sahabat seperti ini, bukan?

Jom lihat hasilnya....




Ini hasilnya :)  

Faiznura dan sahabat-sahabat...semoga bergembira.
Sukses sokmo!

Siap dibalut...terima kasih sudi tempah bersama kami. 

Nota mesra : Faiznura merupakan rakan sepengajian saya di UPM. Terima kasih tau sudi support bisnes kawan. Pembelian kali kedua ni selepas Pesta Konvo yang lalu...Cayalah :)
pastinya, beliau layak menerima free gift HP Charm yang comel ^^

Baiklah, sampai di sini dahulu...berminat untuk tempah frame ini?
Hubungi kami ya. 

Salam sayang,
Galeri Kraf Nailofar

1 comment:

Unknown said...

frame untuk hadiah perkhawinan xde buat ke?

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah