***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PESTA KONVOKESYEN UPM 2013

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera :)

Alhamdulillah, malam ini diizinkan untuk berada di sini. Cerita seminggu yang lalu baharu nak kemaskini. haha....Dengan izin Allah SWT, kami sempat berada di Pesta Konvokesyen UPM yang berlangsung pada 25 hingga 30 Oktober 2013 yang lepas. Ohya bertempat di Bukit Ekspo UPM. 

Bagi kami, inilah suatu nikmat yang paling indah kerana dapat bertemu orang ramai dan memasarkan produk kami. Pengalaman yang manis untuk dikenang sampai bila-bila, ceewah. 


Cik Kura dari Ganu pun turun ziarah booth kami :) 

Cik Hazirah juga turun dari Pulau Pinang :) 



**Nota Cinta copy dari facebook**

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala urusan untuk turut serta dalam Pesta Konvokesyen UPM tahun 2013 ini. 
Terima kasih kepada pihak Kelab Bimbingan Mahasiswa(KBM) dan pihak Ana Muslim kerana memberikan ruang yang secukupnya untuk kami memasarkan barangan kami. Pengalaman pertama kali tampil di booth bermula tahun lalu (mula dengan brooch 2 tone rose, jubah Mesir dan tudung bawal labuh), kali kedua ini lebih meriah dengan aneka barangan kraf felt daripada kami. Jom, cuci mata lihat foto yang sempat melintasi lensa kamera :)

Notis penting :)


Aneka barangan yang dijual....

ID Card Holder, bookmark, brooch....pastinya pada harga penembusan pasaran. 

Untung berganda-ganda sesiapa yang membeli pada hari kejadian. 

Kotak Alat Tulis yang akan menyerikan meja study anda! 
Harga murah yang sangat istimewa... :) 

Ini pula salah seorang pelanggan yang ziarah gerai kami...sporting sangat!

Pulun tengok barang, cayalah :) 

Belek kak :) jangan segan-segan...

Ruang comel yang dimanfaatkan sepenuhnya :) 

Boleh angkat belek-belek :) 

Brooch rose, comel bangat :) 

Promot-promot sesudah beli :) 
Geng PBMP yang sudi ziarah ke mari...syukran. 


Wajah kami di booth...ada yang surut cepat...brooch comel pastinya :) 

Team KBM yang hebat :) 
Panas hujan semua diredahi...haha



Terima kasih kepada semua warga UPM yang sudi bertandang ke booth kami :)

Ada rezeki tahun hadapan, jumpa lagi.

tahun depan, saya pula konvo. Insya-Allah.

Ok la, sampai di sini dahulu update untuk booth yang lalu. Jom fokus buat FYP pula! Chaiyok...

Salam inspirasi berutus senyuman,
Galeri Kraf Nailofar 

4 comments:

Unknown said...

comel nya barang :D

Kraf Nailofar said...

Tenku butang, terima kasih...insya-Allah jumpa di blog kamu pula :)

Kraf Nailofar said...

Anis Zahidi :)
Terima kasih pujiannya...haha

Kraf Nailofar said...

Anis Zahidi :)
Terima kasih pujiannya...haha

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah