***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

CENDERAHATI TAJAAN GALERI KRAF NAILOFAR

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Semoga kita sentiasa ceria menghadapi kehidupan. Barulah hidup lebih sihat dan bersemangat, insya-Allah. 


Pejam celik, pejam celik...sudah berakhir minggu 13 kuliah.
Pantasnya masa, huhu...
Mahu kemaskini ceritera semalam :)

13 Disember 2013, Jumaat.
Kelas terakhir untuk grup kaunseling kelompok.
5 orang rakan PBMP sekumpulan dan dikendalikan oleh Miss Nindy yang sporting.

Jujurnya, sangat seronok berada di dalam kumpulan ini.
Rasa aura positif semakin menyinar.
Rasa semakin kenal kawan-kawan.
Rasa lebih percaya dan memahami kondisi mereka.
Rasa semakin menghargai nikmat bersahabat.
Rasa...rasa...rasa seribu satu rasa lagi.  

Jadi, untuk sesi terakhir ini...ina nekad nak hadiahkan sesuatu buat mereka. 
Inilah antara niat suci dan murni membuka galeri ini.
Selain menjual barang kraf, jadi medan stok hadiah untuk Ina juga...untuk belajar supaya hidup lebih memberi daripada menerima.
Ina yakin dan sebenar-benar yakin, erti hidup pada memberi.

Bertepatan perancangan Cik Nindy untuk bawa kami pergi makan bersama-sama selepas kelas. Nasi ayam penyet di Cyberjaya! Sedap bangat sih...hehe

Dan cenderahati ini sebagai penyeri dan sumber kenangan buat mereka.

Pixel HP Charm, Bookmarks dan Flower brooch and clip.

1 plastik untuk kawan-kawan, 1 plastik untuk Miss Nindy yang comel!


Ini tayangan gambar...masing-masing excited terima hadiah! cayalah :) 

Terima kasih kawan-kawan menjadi model yang sangat bertauliah di sini. 

Miss Nindy dan Ina :) 

Terima kasih miss....ina belajar sesuatu daripada kamu.
Serumpun bersama.
Indonesia dan Malaysia.

Semoga terus sukses semua!


Salam sayang kerana Allah,


No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah