***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PEMENANG SPECIAL GIVEAWAY BY GALERI KRAF NAILOFAR

Assalamualaikum WBT dan salam ceria di hari terakhir tahun 2013 :) 

Hari ini 31 Disember 2013, seperti yang dijanjikan...akan diumumkan para pemenang 
SPECIAL GIVEAWAY BY GALERI KRAF NAILOFAR
(Acara penutup tahun 2013 dan membuka lembaran tahun baru dengan memberi, insya-Allah)

Alhamdulillah sepanjang 15 hingga 29 Disember 2013 telah berlangsung peraduan ini, 25 orang peserta telah mengambil bahagian. Alhamdulillah...pertama kali mengadakan segmen ini, sudah dikira pencapaian terbaik!

Sebagaimana semua tahu, syarat penyertaan sangat mudah. Cuma LIKE facebook kami, ikut blog ini dan ini serta lengkapkan azam tahun baru. Syarat terakhir itulah yang menjadi kayu pengukur dan menentukan para pemenang. Sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu, faktor gramatis ayat amat memukau perhatian. Ditambah pula dengan kekreatifan persembahan, ada yang menghasilkan pantun, amat kami hargai. Kami memandang usaha kalian. Di samping niat yang ikhlas, itu paling penting. (*^-^*)

Boleh klik di sini atau gambar di atas untuk membaca azam dan tekad para peserta. Semua mantop!


Tahniah diucapkan kepada semua. Kalian hebat, pening juga kami krew Galeri Kraf Nailofar untuk memilih para pemenang. 

Azam dan tekad kalian, masha-Allah menakjubkan. Semoga Allah memberkati niat dan usaha kalian. Terutama yang ingin berubah ke arah kebaikan. Teruskan! Salam istiqamah ya :)

Baiklah, memandangkan semua best-best, maka, kami dengan berbesar hati ingin menambah bilangan hadiah. Riang hatinya menjadikan para pemenang berjumlah 13 orang. Insya-Allah.
 

Dengan ini (jeng...jeng...jeng...diumumkan) 



Pemenang hadiah ID CARD HOLDER dan suprise (tunggu dan lihat) 






Pemenang hadiah BROOCH FELT dan suprise (tunggu dan lihat)









Pemenang hadiah FRAME kraf dan suprise (tunggu dan lihat) 





Pemenang hadiah ISTIMEWA  (Hasil jalan-jalan di DAISO, The Mines, haha) 
***istimewa sebab entri jujur sangat, haha...kagum beb!  May Allah bless you :)




Untuk urusan penembusan hadiah, sila lapor diri di peti mesej facebook kami dan sertakan maklumat berikut:

Nama :
Alamat (pos) :
Nombor Telefon :
Hadiah yang dimemenangi :
Link Penyertaan (bukti) : 

***Sebelum 6 Januari 2014, untuk melancarkan jadual penghantaran hadiah :) 
Apa ya hadiah suprise yang tidak dinyatakan itu?
Tunggu dan lihat (untuk para pemenang)
Pembaca blog yang lain? Nantikan entri berikutnya. Jumpa di tahun baharu 2014.

***Para pemenang juga akan menerima kalendar poket 2014 istimewa daripada kami***

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan giveaway ini. Tanpa peserta apalah makna giveaway kan :) Aktiviti mengeratkan silaturrahim sesama blogger juga.

Semoga Allah memberkati segala usaha dan niat kita :)

Selamat tinggal 2013 yang penuh makna.

Selamat datang 2014 

Salam Inspirasi,
Galeri Kraf Nailofar

4 comments:

SaidatulAzwa said...

Alhamdulilah menang :) terima kasih penganjur. Saya turut mendoakan awak :)

Eyma su said...

Tahniah semua pemenang ^^

KarimahZulkafali said...

Terima kasih Galeri Kraf Nailofar :)

Cik Tieka said...

Alhamdulillah..tersenarai pemenang brooch felt!! sya amat hargainya.. TQVM krew Galeri Kraf Nailofar!! ^___^

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah