***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

SPONSER HADIAH GA (1) dan (2)

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. 
Kembali bertemu di galeri pink blink-blink ini. 

Kali ini mahu kemaskini sambungan daripada risikan tempoh hari. Ceeewah.

Cerita (1)

Oh-September Giveaway oleh Safiena and Friends atau Oh Gerlie Doodle di facebook. Tiga pemenang bertuah telah terpilih untuk memenangi hadiah tajaan dari Galeri Kraf Nailofar. Tahniah.

Hadiah Set brooch rose tone dan Pixel Strap ^^

Dayang Deno dari Terengganu **sudah tuntut**
Farhan Kerewx dari Sarawak **sudah tuntut**
Aina Sofea dari Perak **sudah tuntut**

-----> Terima kasih pak cik posmen kerana membantu urusan penghantaran hadiah ini...First time pos  ke Sarawak.


Cerita (2)

  Duo Giveaway by Aliya Tralala's & FD. 
GA ini telah tamat pada 16 Oktober 2013 yang lepas. 
Dan berikut para pemenangnya...Kami turut menaja 3 orang pemenang. mereka yang bertuah ialah....
Arifah Lee dari Kelantan  **Sudah tuntut**
Siti Hawa dari Sarawak  **Sudah tuntut**

Hadiah Set brooch rose tone dan Pixel Strap ^^


Baiklah, tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada penganjur GA kerana sudi melamar kami untuk sponser hadiah. Pertama kali turut serta. Harus belajar teknik jimat kos pos...hehehe
Menanti seorang lagi peserta yang belum lapor diri...cepat ya dik...

Salam mesra,
**Galeri Kraf Nailofar**

BUSINESS CARD "GALERI KRAF NAILOFAR"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar kalian? Semoga semuanya dalam keadaan yang ceria.
Kami ingin berkongsi sesuatu. Alhamdulillah, impian selama ini sudah menjadi kenyataan. Kami kini dalam mood gembira. Hooray...

Galeri Kraf Nailofar sudah mempunyai business card sendiri. Jika dahulu, main cetak sendiri dengan menggunakan khidmat Encik Printer Canon sahaja. Guna kertas A4 lepas tu gunting kecil-kecil. Kelakar juga mengenangkan semangat juang setahun yang lalu. Kini...kami sudah mempunyai kad bisnes sendiri. 

Segalanya bermula sekitar bulan Ramadhan yang lalu. Godek-godek di facebook mencari khidmat printing yang berkualiti. Lebih tepat menepati selera empunya diri yang agak cerewet ini. Senyum. 

Bermula daripada facebook Istana Cinta, telah membawa kami kepada facebook ZairaIdris Dot Com (1994233-X)  Lihat album gambar yang ada. Wah, cantik sekali design yang beliau hasilkan. Maka, tanpa tunggu lagi kami cuba mengetuk peti mesejnya. Balasan yang amat pantas menyatakan kesudian namun, beliau masih dalam tempoh bercuti dan hanya kembali beroperasi pada bulan September. Beliau juga ada mencadangkan sahabat beliau yang juga menawarkan khidmat yang sama sekiranya memerlukan dalam masa yang terdekat. Lihat, baik hati kan orangnya. Fikir punya fikir, kami tidak memerlukan dalam kadar yang segera. Maka, tekad. Tunggu bulan September. Dan atas kesabaran itu, nah....kini kad bisnes tersebut sudah siap dan lebih manis sudah selamat berada di tangan kami. 

Terima kasih kepada  Zairaidris.com atas layanan dan servis yang berkualiti. Kami amat berpuas hati. Jom, lihat sekitar lensa Galeri Kraf Nailofar.

Buat permulaan, 3 kotak dulu....300 keping :) 

Muka hadapan kad Galeri Kraf Nailofar
Segala butir-butir info pastinya....

Muka belakang kad :)
Kalendar poket 2014....suka, suka, suka. 


Keistimewaan kad bisnes ini...selain bahagian belakangnya dihiasi kalendar 2014, terdapat tambahan spot UV dan potongan round corner. Ia memberikan kesan positif apabila memegangnya. Tambahan spot UV akan memberi kesan berkilat pada tulisan dan bahagian logo. Jujur, terasa tebal apabila memegang kad bisnes ini berbanding kad bisnes biasa yang sedia dapat sebelum ini. Nyata keunggulan. Senyum.

Dengan harga yang berpatutan dan servis yang cepat lagi lancar, kami sangat berpuas hati. Jom, ada sesiapa yang mahu menempah kad nama atau kalendar tahun baharu boleh ziarah facebook beliau. Juga terdapat pelbagai khidmat lain yang disediakan. Anda pasti gembira seperti yang sedang kami rasakan kini. Tak percaya, kena cuba :)


Hanya yang terbaik :) 


Salam mesra,
**Galeri Kraf Nailofar**

DIRISIK BLOGGER?

Sedar tak sedar, kurang lebih dua tahun kami berkecimpung dalam dunia kraf yang serba indah dan kreatif ini. Pelbagai pengalaman telah, sedang dan insya-Allah akan dirasai. Dan kini, ada kejutan yang diterima melalui peti mesej di laman facebook Kraf Ina Nailofar sekitar beberapa minggu yang lalu. Aiseh, cerita lama baru nak tuliskah? Haha...itulah petanda padatnya rutin seorang manusiawi...Ecece.

Selang beberapa minggu selepas itu, kami dirisik lagi. Kali ini oleh blogger lain pula. Hati berbunga ceria atas kesudian mereka memilih kami. Teringat suatu kata-kata, jika kita tunaikan hajat orang, urusan kita akan dipermudahkan. Atas kekuatan itu, kami dengan tangan terbuka menerima pelawaan tersebut.

Allah sentiasa takdirkan yang indah-indah buat hamba-hamba-Nya. Tidak hilang lagi debaran itu, satu lagi risikan diterima. Kali ini blogger yang bertanya ketika kami sedang enak pulang cuti Raya Aidiladha. Si blogger tersebut ada menyatakan had tarikh untuk memberi kata putus. Kami terperasan akan mesej tersebut sebaik sahaja tarikh yang dinyatakan telah berlalu. Namun, sudah dikatakan rezeki. Akhirnya, si blogger tersebut senang sahaja menerima kami walaupun persetujuan diberi selepas tarikh tutupnya.

Alhamdulillah, dalam tempoh masa sebulan lebih, dirisik tiga orang Blogger. Semoga kolaborasi ini memberikan seribu satu makna dan menjadi langkah mula untuk tampil maju serta berdaya saing. Terima kasih memilih kami.

Siapakah Blogger-blogger tersebut? Cerita lanjut tunggu entri akan datang. Wassalam....

Gambar sekadar hiasan (*^-^*)
Bantal felt ini boleh ditempah bersama kami. 
Mesej kami untuk tempahan. 

Kunjungi Facebook kami = Kraf Ina Nailofar 

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah