***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PENANDA BUKU : HARTINI (PEKAN, PAHANG)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif. Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar)


ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan SALAM SEJAHTERA

Kemaskini tempahan yang menghiasi bulan Mac 2014.
Sedikit perkongsian kehidupan, bermula 24 Februari 2014 yang lalu, seorang krew Galeri Kraf Nailofar telah memulakan latihan mengajar (praktikal) di salah sebuah sekolah agama di Kajang, Selangor. Jadi, aktiviti bercrafting sedikit sebanyak perlu dikurangkan untuk memberi perhatian kepada praktikalnya. Maka, kami hanya menerima tempahan daripada para pelanggan yang menunjukkan minat untuk berurus-niaga sahaja. 

Alhamdulillah...antara pelanggan yang bertuah itu ialah Puan Hartini daripada Pekan, Pahang. Beliau merupakan seorang guru di sebuah sekolah. Pada mulanya beliau ingin menempah penanda buku untuk anak-anak didik beliau yang akan menerima keputusan SPM 2013 tetapi jumlah yang sangat besar untuk kami siapkan dalam masa yang singkat. Jadi, setelah berunding beliau tetap berminat untuk membuat tempahan dan kali ini kata putus dibuat untuk cenderahati guru-guru di sana.

Maka, 66 batang penanda buku saiz besar telah ditempah. Hujung minggu kami dipenuhi dengan aktiviti menyiapkan temapahan ini dan akhirnya....taraa....

Jom lihat hasilnya :)

66 unit penanda buku....yang sesuai untuk guru lelaki dan guru perempuan.

Tema muslimin untuk guru lelaki

Tema muslimah untuk guru perempuan...satu khas untuk guru berbangsa Cina. 
Ce teka mana satu yang lainnya? :)


Selitan kata-kata dan ucapan....

Siap beratur ikut kelas dan tingakatan mengajar :) 

Ini hadiah misteri : free gift keychain :)


Secara keseluruhan, sangat mudah berunding dengan kakak ini. Dan diakhirnya kami sedikit ralat kerana gagal memenuhi permintaan kakak ini yang inginkan pos menggunakan skynet/cityline...puas kami survey di kawasan yang berhampiran. Siap salin alamat dan cuba call namun tidak buka pada hari cuti tersebut. maka, hari isnin sekali lagi kami berhasrat untuk pos cara itu namun, sesi persekolahan habis lambat dek aktiviti tambahan yang tak dirancang. Jadi, balik pos laju di UPM sahaja. Dan alhamdulillah selamat tiba pada hari keesokkannya. Tahniah pos laju. Anda menunjukkan peningkatan yang baik :)

Berbaki RM5 dek cas pos yang lebih itu....terima kasih akak, atas kepercayaan yang diberikan. Semoga berpuas hati dengan barangan yang dihasilkan.
Kami di Galeri Kraf Nailofar mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-guru di SBP Pekan, Pahang.
Kami yakin pasti keputusan SPM 2013 yang diterima gempak-gempak punya. 

Terima kasih....

*Kisah guru praktikal*
*Part time crafter*
*Moga Allah redha*



 Berminat dengan produk handmade kami? 
Jom tempah segera
 (Mesej kami untuk sebarang pertanyaan)

 Facebook : Kraf Ina Nailofar 
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/ 
Instagram : inanailofar 
What apps : Ina Nailofar 
No. Tel. : 013-4042281

No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah