***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PENANDA BUKU : ADILAH (MUAR, JOHOR)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif.
 Jom, berkraf kreatif!"
 (Galeri Kraf Nailofar) 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM KEMESRAAN 

Hai, apa khabar semua? Semoga sentiasa ceria dan bersemangat menghadapi kehidupan. Lama kami tidak mengemaskini blog kesayangan ini. Intai tarikh entri yang terakhir nun 28 Mac 2014. Sekarang? Sudah menjengah ke bulan Jun 2014. Huh, jangka masa yang agak lama tu. Ke mana menghilang?

Sebenarnya, aktiviti crafting tetap berjalan. Tempahan yang menyinggah ke peti mesej facebook atau whatapps kami layani sehikmahnya. Cuma kuantiti dan jenis tempahan sahaja yang dihadkan. Hal ini kerana sepanjang tempoh kurang lebih tiga bulan yang lalu, salah seorang krew kami menjalani latihan mengajar di Sekolah Kluster Kecemerlangan di Kajang, Selangor. Jadi, hanya tempahan yang tidak rumit sangat sahaja yang diterima. Baiklah, masa untuk kemaskini segala tempahan yang lalu. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada. Walaupun sibuk sangat dengan komitmen yang sedia ada tetapi tetap ada ruang yang diperuntukkan untuk crafting. 

Tempahan kali ini diterima daripada Cikgu Adila. Beliau menempah 200 batang penanda buku. Semua saiz batang kecil. Maka, harga borong yang istimewa disediakan. 



Design rekaan yang diminta ialah campur-campur. Jadi, ini memberi kebebasan kepada kami untuk menyiapkan mengikut stok rekaan sedia ada. Antara tema yang dihasilkan ialah muslimah, bintang, love, epal, muslimin, kemeja dan kereta. Keseluruhannya, 125 batang penanda buku khas untuk murid perempuan dan 75 batang penanda buku untuk murid lelaki. 

Jom layan gambar yang sempat diambil :)

T-shirt atau kemeja :)
*Khas untuk murid lelaki*

Tema kereta :) 
*Khas untuk murid lelaki*

Tema muslimin :) Hensem tak pak ustaz ni?hehe
*Khas untuk murid lelaki*

Dan ini pula rekaan untuk murid perempuan....tema gadis-gadis gitu :)
Layan gambar di bawah....

Tema muslimah
*Khas untuk murid perempuan*

Tema buah epal...kerana manisnya epal! :)
*Khas untuk murid perempuan*

Tema LOVE ataupun HATI...jagalah hati, jangan kau kotori :)
*Khas untuk murid perempuan*

Tema Bintang...kupetik bintang, bintang :)
*Khas untuk murid perempuan*

Daaa...ini kata-kata yang diminta oleh Cikgu Adilah :)

Comelkan?
Bertuah anak murid Cikgu Adilah ini. 

Terima kasih Cikgu Adilah. Pihak kami mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang pembikinan produk ini. Yelah, waktu ini tersangat sibuk tetapi tetap usaha juga untuk siapkan tempahan. Dan inilah hasilnya. Sangat berpuas hati.

Tempahan ini juga menggamit memori kerana....kerana....kami buat pertama kalinya pergi hantar sendiri barangan ini kepada pemiliknya. Dapat jalan-jalan meredakan tekanan sikit kan :) Everything happen for a good reason. 

Baiklah, sekian sahaja update kali ini...

Nota = Gambar banyak comot gam kelam-kelibut...hehe...apapun maintain comel kan? *perasan*


 Berminat dengan produk handmade kami? 
Jom tempah segera 
(Mesej kami untuk sebarang pertanyaan) 

 Facebook : Kraf Ina Nailofar 
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/ 
Instagram : inanailofar 
What apps : Ina Nailofar
No. Tel. : 013-4042281/018-2622924

No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah