***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PENANDA BUKU : KASMAH (PERAK)

"Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif.
 Jom, berkraf kreatif!" (Galeri Kraf Nailofar) 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM KEMESRAAN 

Mood mengemaskini malam ini. Alhamdulillah, minit-minit terakhir berada di bumi Hijau UPM ini dimanfaatkan untuk update kerja kraf. Tak best juga asyik tengok blog bersawang ke kan. Padahal banyak tempahan yang sudah dilunaskan. Cuma, masa untuk ke blog sahaja yang selalu pending...tut. Berhenti membebel. Senyum. Time to story-mory,haha...menangis teacher sekolah dulu kalau tahu ayat gini :)

Tempahan kali ini diterima daripada seorang pelanggan yang setia. Ceewah. Iya, betul. Beliau layak dapat anugerah setia ni sebab tempahan ini sudah masuk kali ke-3. Diulangi kali ke-3 :)
Tak caya? takpe, kami ada buktinya.

Tempahan 1, sekitar bulan Februari. Tekan sini. 

Tempahan 2, sekitar bulan Mac. Klik di sini. 

dan kali ketiga ini untuk bulan April :)
Alhamdulillah. Repaet order yang manis.

Terima kasih Kak Kasmah Sidik dari Tanjung Malim, Perak.
Kali ini beliau menempah 40 batang penanda buku. Saiz kecil dan design campur-campur.

Milik Kasmah dari Perak :)

Entri kali ini istimewa sedikit sebab ada gambar sekitar pembikinan....jom layan, fasa in the making :) 

Hasilkan pre cut dahulu....kerja gunting-gunting.

Tadaaa...pre cut yang berjaya dihasilkan. Bercampur-baur dengan pelbagai rekaan yang lain. 

Dan ini tempahan beliau...siap gam ini di kolej. Sambung buat kerja di sekolah. Manfaatkan masa gap antara kelas...hehe

Setelah sekian bertungkus-lumus...maka siaplah ia.

Tema bentuk hati :)

Tema muslimah nan ayu :)

Tema bunga yang sedang mekar :)


Tema kereta :)

Tema muslimin yang kacak :)

Ini pula tagline yang dilekatkan...menurut beliau campur-campur sahaja word...maka, guna stok yang ada la. 


Lagi...


dan lagi :) 
Comel kan? Ina paling suka butang tu...tayar kereta. Haha...

Ini hasilnya...penanda buku yang kiut-miut daripada kami.

Semoga berpuas hati :)
Terima kasih.

Nota = Kenangan tangkap gambar atas meja di Bilik SPBT MAHISS :)
Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air. 


 Berminat dengan produk handmade kami? 
Jom tempah segera
 (Mesej kami untuk sebarang pertanyaan) 

Facebook : Kraf Ina Nailofar 
Blog : http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/ 
Instagram : inanailofar 
What apps : Ina Nailofar
No. Tel. : 013-4042281/018-2622924

No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah