***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

BUSINESS CARD "GALERI KRAF NAILOFAR"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar kalian? Semoga semuanya dalam keadaan yang ceria.
Kami ingin berkongsi sesuatu. Alhamdulillah, impian selama ini sudah menjadi kenyataan. Kami kini dalam mood gembira. Hooray...

Galeri Kraf Nailofar sudah mempunyai business card sendiri. Jika dahulu, main cetak sendiri dengan menggunakan khidmat Encik Printer Canon sahaja. Guna kertas A4 lepas tu gunting kecil-kecil. Kelakar juga mengenangkan semangat juang setahun yang lalu. Kini...kami sudah mempunyai kad bisnes sendiri. 

Segalanya bermula sekitar bulan Ramadhan yang lalu. Godek-godek di facebook mencari khidmat printing yang berkualiti. Lebih tepat menepati selera empunya diri yang agak cerewet ini. Senyum. 

Bermula daripada facebook Istana Cinta, telah membawa kami kepada facebook ZairaIdris Dot Com (1994233-X)  Lihat album gambar yang ada. Wah, cantik sekali design yang beliau hasilkan. Maka, tanpa tunggu lagi kami cuba mengetuk peti mesejnya. Balasan yang amat pantas menyatakan kesudian namun, beliau masih dalam tempoh bercuti dan hanya kembali beroperasi pada bulan September. Beliau juga ada mencadangkan sahabat beliau yang juga menawarkan khidmat yang sama sekiranya memerlukan dalam masa yang terdekat. Lihat, baik hati kan orangnya. Fikir punya fikir, kami tidak memerlukan dalam kadar yang segera. Maka, tekad. Tunggu bulan September. Dan atas kesabaran itu, nah....kini kad bisnes tersebut sudah siap dan lebih manis sudah selamat berada di tangan kami. 

Terima kasih kepada  Zairaidris.com atas layanan dan servis yang berkualiti. Kami amat berpuas hati. Jom, lihat sekitar lensa Galeri Kraf Nailofar.

Buat permulaan, 3 kotak dulu....300 keping :) 

Muka hadapan kad Galeri Kraf Nailofar
Segala butir-butir info pastinya....

Muka belakang kad :)
Kalendar poket 2014....suka, suka, suka. 


Keistimewaan kad bisnes ini...selain bahagian belakangnya dihiasi kalendar 2014, terdapat tambahan spot UV dan potongan round corner. Ia memberikan kesan positif apabila memegangnya. Tambahan spot UV akan memberi kesan berkilat pada tulisan dan bahagian logo. Jujur, terasa tebal apabila memegang kad bisnes ini berbanding kad bisnes biasa yang sedia dapat sebelum ini. Nyata keunggulan. Senyum.

Dengan harga yang berpatutan dan servis yang cepat lagi lancar, kami sangat berpuas hati. Jom, ada sesiapa yang mahu menempah kad nama atau kalendar tahun baharu boleh ziarah facebook beliau. Juga terdapat pelbagai khidmat lain yang disediakan. Anda pasti gembira seperti yang sedang kami rasakan kini. Tak percaya, kena cuba :)


Hanya yang terbaik :) 


Salam mesra,
**Galeri Kraf Nailofar**

2 comments:

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

comelnyaaa.nakk jugakk

Kraf Nailofar said...

Aya Zuki, terima kasih :)
Nak ke? setiap pembelian percuma dapat...hehe

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah