***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

TEMPAHAN : SITI AISYAH (PERAK)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Kembali bertemu di Galeri Kraf Nailofar.  Final Exam Cik Ina sudah melabuhkan tirainya. Alhamdulillah. Usaha sudah, doa pun sudah maka tawakal bulat-bulat kepada Sang Pencipta. Cik Ina yakin, kita takkan kecewa bila kita berserah diri 100% kepadanya. Insya-Allah. 

Baiklah, masa untuk kemaskini tempahan yang lalu. Tempahan adik Siti Aisyah dari Perak :)  Pelanggan setia kami ni...hampir kurang lebih 3 kali berurusan menempah barangan. Cayalah dik! Kesetiaanmu menjadikan kami pilihan menyebabkan akak bersungguh-sungguh berjuang menyiapkan tempahan ini meskipun masa sangat genting tika itu (minggu ulangkaji). Alhamdulillah satu malam siap..hehe 

Hadiah untuk birthday katanya...harap dah selamat tiba pada masa yang dijanjikan. 

3 keychain nama dan 2 keychain jersi :)
Pastinya ada hadiah percuma diselitkan!


Disebabkan rasa risau juga kalau-kalau Pos Malaysia mengalami kelewatan penghantaran. Yelah, hari kejadian dekat-dekat nak cuti umum kan. Maka, mesej diutus untuk mengetahui statusnya. Dan...dan terharu sangat dengan respon adik ini. Haha...bacalah testimoni di bawah :-

Bukti pelanggan setia kami :) 

Terima kasih ya. Lain kali boleh tempah lagi. 


Salam ukhwahfillah,
Galeri Kraf Nailofar
-Cik Ina-


No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah