***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

PEMENANG SPECIAL GIVEAWAY BY GALERI KRAF NAILOFAR

Assalamualaikum WBT dan salam ceria di hari terakhir tahun 2013 :) 

Hari ini 31 Disember 2013, seperti yang dijanjikan...akan diumumkan para pemenang 
SPECIAL GIVEAWAY BY GALERI KRAF NAILOFAR
(Acara penutup tahun 2013 dan membuka lembaran tahun baru dengan memberi, insya-Allah)

Alhamdulillah sepanjang 15 hingga 29 Disember 2013 telah berlangsung peraduan ini, 25 orang peserta telah mengambil bahagian. Alhamdulillah...pertama kali mengadakan segmen ini, sudah dikira pencapaian terbaik!

Sebagaimana semua tahu, syarat penyertaan sangat mudah. Cuma LIKE facebook kami, ikut blog ini dan ini serta lengkapkan azam tahun baru. Syarat terakhir itulah yang menjadi kayu pengukur dan menentukan para pemenang. Sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu, faktor gramatis ayat amat memukau perhatian. Ditambah pula dengan kekreatifan persembahan, ada yang menghasilkan pantun, amat kami hargai. Kami memandang usaha kalian. Di samping niat yang ikhlas, itu paling penting. (*^-^*)

Boleh klik di sini atau gambar di atas untuk membaca azam dan tekad para peserta. Semua mantop!


Tahniah diucapkan kepada semua. Kalian hebat, pening juga kami krew Galeri Kraf Nailofar untuk memilih para pemenang. 

Azam dan tekad kalian, masha-Allah menakjubkan. Semoga Allah memberkati niat dan usaha kalian. Terutama yang ingin berubah ke arah kebaikan. Teruskan! Salam istiqamah ya :)

Baiklah, memandangkan semua best-best, maka, kami dengan berbesar hati ingin menambah bilangan hadiah. Riang hatinya menjadikan para pemenang berjumlah 13 orang. Insya-Allah.
 

Dengan ini (jeng...jeng...jeng...diumumkan) 



Pemenang hadiah ID CARD HOLDER dan suprise (tunggu dan lihat) 






Pemenang hadiah BROOCH FELT dan suprise (tunggu dan lihat)









Pemenang hadiah FRAME kraf dan suprise (tunggu dan lihat) 





Pemenang hadiah ISTIMEWA  (Hasil jalan-jalan di DAISO, The Mines, haha) 
***istimewa sebab entri jujur sangat, haha...kagum beb!  May Allah bless you :)




Untuk urusan penembusan hadiah, sila lapor diri di peti mesej facebook kami dan sertakan maklumat berikut:

Nama :
Alamat (pos) :
Nombor Telefon :
Hadiah yang dimemenangi :
Link Penyertaan (bukti) : 

***Sebelum 6 Januari 2014, untuk melancarkan jadual penghantaran hadiah :) 
Apa ya hadiah suprise yang tidak dinyatakan itu?
Tunggu dan lihat (untuk para pemenang)
Pembaca blog yang lain? Nantikan entri berikutnya. Jumpa di tahun baharu 2014.

***Para pemenang juga akan menerima kalendar poket 2014 istimewa daripada kami***

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan giveaway ini. Tanpa peserta apalah makna giveaway kan :) Aktiviti mengeratkan silaturrahim sesama blogger juga.

Semoga Allah memberkati segala usaha dan niat kita :)

Selamat tinggal 2013 yang penuh makna.

Selamat datang 2014 

Salam Inspirasi,
Galeri Kraf Nailofar

KEMASKINI PESERTA SPECIAL GIVEAWAY BY GALERI KRAF NAILOFAR



























11:19 AM    30/12/2013

SPECIAL GIVEAWAY BY GALERI KRAF NAILOFAR

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera berutus senyuman J

Setelah hampir kurang lebih setahun beroperasi di atas talian Internet.
Setelah sekian lama hanya menerima lamaran dan menjadi penaja untuk giveaway para blogger sahaja.  Akhirnya…kami tampil dengan segmen sendiri.
Julung kalinya mengadakan, 


SPECIAL GIVEAWAY BY GALERI KRAF NAILOFAR

Banner Rasmi :)
(Nota : Jika tak berjaya copy, tak mengapa ya...asalkan patuhi syarat penyertaan dibawah)


Tujuan giveaway ini diadakan adalah....

Sebagai acara penutup tahun 2013 yang penuh warna-warni ini dan tanda penghargaan untuk para followers sekalian.

Juga menghabiskan stok item ready made produk kraf kami...hehe
10 hadiah disediakan untuk 10 para pemenang bertuah. Manfaatkan peluang ini.

BERMINAT NAK MENANG HADIAH KRAF?

Hanya perlu ikuti beberapa syarat mudah seperti di bawah :-


SYARAT PENYERTAAN J

1) LIKE Facebook Kraf Ina Nailofar.

2) FOLLOW Blog Galeri Kraf Nailofar dan   

3) Buat entri bertajuk ‘SPECIAL GIVEAWAY   
    BY GALERI KRAF NAILOFAR’ dan
    tampalkan gambar di atas. (Kalau tak berjaya copy           gambar, tak mengapa tau)

4) Lengkapkan penyataan di bawah mengikut
    kreativiti anda.

“Sempena ketibaan tahun baru 2014, saya bertekad untuk…….. (panjang atau
   pendek terserah, asalkan azam yang ikhlas dan bermakna. Niat tulis  nak capai perkara yang baik-baik, moga Allah angkat menjadi doa yang dimakbulkan).”

Nota = Pemenang akan dipilih berdasarkan cara penulisan yang memikat hati krew kami.

5) Linkkan entri anda ke kotak komen di bawah sebagai
    bukti penyertaan anda.


Mudah sahaja kan?

Jom, sertai! J

Peluang untuk menangi hadiah di awal tahun 2014.

Moga-moga membangkitkan semangat untuk mulakan kehidupan dengan lebih bermakna.

“Terlalu banyak sudut di dunia ini tetapi orang yang bijaksana akan memilih sudut yang positif.”

Selamat mencuba!


Akan dikemaskini dari semasa ke semasa :) 

Klik gambar untuk melihat hadiah yang disediakan :) 



TARIKH MULA : 15 DISEMBER 2013
TARIKH TAMAT : 29 DISEMBER 2013
TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG : 31 DISEMBER 2013


Salam inspirasi,
Erti hidup pada memberi.....

***Galeri Kraf Nailofar***

TEASER

Ce teka, apa yang kami nak buat dengan gambar-gambar ini?

Ada bookmark :) 

Bentuk buah epal dan bunga daisi yang mekar kembang :)

Siap disisipkan kata-kata motivasi yang mempu memberi aspirasi buat diri :) 

Kerana manisnya epal :) dan sesegar bunga nailofar :) 


Usai bookmarks....layan pula gambar di bawah....

**ID CARD HOLDER**

Sekitar lensa kamera....menawan kan? 

Inilah dia ID CARD HOLDER hasil tangan Galeri Kraf Nailofar

Ada polkadot..ada plain sahaja :) Pastinya menepati citarasa anda yang mahu tampil unik ke kuliah/ofis.

Tamat kisah ID CARD....beralih pula ke....


**BINGKAI GAMBAR**

Sentuhan luar biasa dari kami :) 

Pelbagai rekaan hiasan disediakan :) 

Ini lagi...lagi dan lagi :) 

Tadaaa...bingkai gambar kayu dan stand :) 

Ini rupanya....bingkai gambar hasil tangan Galeri Kraf Nailofar :) 


Berbalik kepada soalan di atas, ce teka...apa motif tunjuk gambar produk di atas ni?
Apa yang nak dibuat ni?

Tadaaaaa....projek yang dah lama menjadi idaman. 

Baru sekarang ni nak realisasikan....Insya-Allah :)


10 hadiah disediakan....mungkinkah anda salah seorang pemenang bertuah?
Nantikan entri pengumuman perasmiannya.

Terima kasih sudi membaca. 

CENDERAHATI TAJAAN GALERI KRAF NAILOFAR

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Semoga kita sentiasa ceria menghadapi kehidupan. Barulah hidup lebih sihat dan bersemangat, insya-Allah. 


Pejam celik, pejam celik...sudah berakhir minggu 13 kuliah.
Pantasnya masa, huhu...
Mahu kemaskini ceritera semalam :)

13 Disember 2013, Jumaat.
Kelas terakhir untuk grup kaunseling kelompok.
5 orang rakan PBMP sekumpulan dan dikendalikan oleh Miss Nindy yang sporting.

Jujurnya, sangat seronok berada di dalam kumpulan ini.
Rasa aura positif semakin menyinar.
Rasa semakin kenal kawan-kawan.
Rasa lebih percaya dan memahami kondisi mereka.
Rasa semakin menghargai nikmat bersahabat.
Rasa...rasa...rasa seribu satu rasa lagi.  

Jadi, untuk sesi terakhir ini...ina nekad nak hadiahkan sesuatu buat mereka. 
Inilah antara niat suci dan murni membuka galeri ini.
Selain menjual barang kraf, jadi medan stok hadiah untuk Ina juga...untuk belajar supaya hidup lebih memberi daripada menerima.
Ina yakin dan sebenar-benar yakin, erti hidup pada memberi.

Bertepatan perancangan Cik Nindy untuk bawa kami pergi makan bersama-sama selepas kelas. Nasi ayam penyet di Cyberjaya! Sedap bangat sih...hehe

Dan cenderahati ini sebagai penyeri dan sumber kenangan buat mereka.

Pixel HP Charm, Bookmarks dan Flower brooch and clip.

1 plastik untuk kawan-kawan, 1 plastik untuk Miss Nindy yang comel!


Ini tayangan gambar...masing-masing excited terima hadiah! cayalah :) 

Terima kasih kawan-kawan menjadi model yang sangat bertauliah di sini. 

Miss Nindy dan Ina :) 

Terima kasih miss....ina belajar sesuatu daripada kamu.
Serumpun bersama.
Indonesia dan Malaysia.

Semoga terus sukses semua!


Salam sayang kerana Allah,


ID CARD HOLDER : NAZIRAH, PULAU PINANG.

Assalamualaikum WBT, salam inspirasi berutus senyuman :)
Kemaskini tempahan lagi...

Kali ini kami dapat repeat order daripada pelanggan.
Dari seorang adik yang comel yang sedang belajar di Politeknik Seberang perai, dekat dengan rumah kami sahaja sebenarnya. 

Beliau menempah ID CARD HOLDER lagi...kami tawarkan item ready made yang pastinya harga lebih rendah daripada tempahan. Alhamdulillah dia setuju dengan tawaran design yang sedia ada. Begitu mudah urusan rundingan. Bayar dan pos....alhamdulillah...semoga selamat sampai hendaknya. 


ID CARD HOLDER dan free gift :)
Pembelian istimewa hujung tahun layak dapat hadiah...


Mahu tengok design yang lain?
Boleh lawat facebook kami. 


Tampil anggun ke dewan kuliah dengan ID CARD HOLDER yang cute, istimewa daripada Kraf Ina Nailofar. 
Pasti menceriakan mood anda! 

Membangkitkan semangat untuk menekuni pelajaran dan bekerja... 
Tak percaya?Haruslah mencuba.
 

PM kami untuk lebih lanjut (◕‿◕✿)

***Terima kasih adik Saidatina Aisyah Humaira kerana sudi membeli bersama kami. Selamat belajar dengan gembira.



Salam sayang,
Galeri Kraf Nailofar

BINGKAI GAMBAR : AIN, UPM SERDANG

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera :)
Kembali bersua.

Kemaskini blog bersawang, fuh....

Kali ini, tempahan orang dekat lagi. Rakan sekuliah dan sepengajian. Hadiah untuk sahabat juga :)
Tempah dah lama, cuma...cuma...cuma...biasalah nak buat tu yang lambat sikit. Sabar itu indah kan. Hehe....

Baiklah...jom lihat hasilnya...

S.A.H.A.B.A.T
Bersama bukan setakat di dunia je kan? 


Bingkai gambar yang istimewa :) 
Siap boleh letak N.A.M.A


Tada.....ini rupa bentuknya.

***Terima Kasih Cikgu Ain kerana sudi tempah bersama kami. Amat kami hargai. Kawan support bisnes kawan. Semoga mampu mengeratkan jalinan ukhwah kalian. 

Berminat?
Boleh hubungi kami :)

-Facebook dan Blog-

Sehingga berjumpa lagi...wassalam. 
 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah