***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

KHAS BUAT PEMINAT KOREA

Annyeong haseyo....cheo eum boepsemnida  :)
(Jika tak faham, sila tanya Syeikh Google ya)

Pastinya kami dalam mood Korea kini...kenapa?
I
I
I
V
Al-kisahnya bermula di sini....

Julung kalinya menyiapkan bantal untuk dua orang adik tersayang. 
Punya adik-adik yang sangat meminati Korea.
Membuatkan kami sebagai kakak-kakak yang prihatin ini jenuh memikirkan cara bagaimana mahu memastikan minat mereka ini tidak mengganggu tumpuan kepada study dan dalam masa yang sama menukarkan minat itu menjadi sumber motivasi untuk mereka tekun menyantuni pelajaran. Sarat impian dan harapan tu kan?haha...inilah misi pertama projek cuti semester ini :)

Waktu bantal ini dalam pembikinan, mereka berada di asrama. 
Maka, bolehlah dikatakan berjaya juga motif suprise itu. 


Hasil soal selidik yang lalu, dua orang adik kami ni minat kumpulan EXO.
Maka....inilah hasilnya. 

Bantal EXO purple :)


EXO Chanbaek....ini untuk adik bongsu Baby Jimah. 
Dia pasti marah bila panggil bb..yelah, sudah masuk form 1 kan. 
Malu la tu panggil bb..tapi dah terbiasa begitu...kakak abby la kan :) 

Sudah selamat diserahkan kepada tuannya.
Abah pergi sekolah untuk terima 'wang bantuan persekolahan' tu dan juga hantar barang-barang yang tertinggal (selalu tertinggal barang, budak-budak baru duduk asrama kan, haha)
Sudah diselitkan sekali bantal ini....respon dia? wajib suka la sebab dah buat..hehe

Lama dah tertangguh misi nak bagi untuk adik-adik kan...selalu sibuk lain ja!ahaks...

Bantal EXO yang berwarna biru di bawah pula.... 


EXO XINGDAEJONG
Untuk adik yang kelima...Haziyah :)

Bantal ini akan diserahkan kepada tuannya waktu keluar outing hujung minggu ini. Dia dah excited nak bantal ini. Tetapi dah warden asrama nak wakilkan ambil wang bantuan persekolahan tu maka abah tak payah pergi sekolah dah la. Tapi, dia siap pesan la ambil dia untuk keluar outing. Nak beli buku katanya. Ok, fine :)
Bolehlah bagi nanti...


Kuih keria enak rasanya,
 Tapai juga jadi pilihan, 
Minat Korea tiada salahnya,
Usah sampai abai pelajaran.

Alhamdulillah, dalam 'kerajinan' mood cuti ini akhirnya berjaya juga siapkan projek untuk adik-adik ini. Terima kasih Allah untuk kesempatan ini.

---------------------------------------------
---------------------------------------------

Baiklah, kita lihat pula bahan-bahan yang digunakan untuk bantal EXO ini :)

Fabrik utama kain flannel (suka sebab lebih gebu bantal)
Hiasan kain felt polyster dan kain felt printed polkadot.
Diisi fiber dan benang jarum untuk menjahit. 

---------------------------------------------
---------------------------------------------

Mudah je kan? Anda peminat KOREA? atau memiliki adik yang turut minat kumpulan EXO? Jom, salurkan minat mereka ini dengan baik...moga menjadi sumber inspirasi buat mereka. Ingatkan adik-adik kita, belajar dari KOREA. Bukan melayan ketawa terbahak-bahak dan bengkak-bengkak mata menangis sahaja. Mana tahu, mereka boleh fly belajar sampai ke Korea kan? Semoga bertambah semangat juang mereka untuk menekuni pelajaran. Doakan ya ^^

Berminat boleh PM kami...
Instagram : ina nailofar
atau tinggalkan komen di blog ini.

Sekian....gamsahamnida  :)

2 comments:

Unknown said...

cantiknya...amik order x? eheh

Kraf Nailofar said...

Mestilah...tempahan dibuka sekarang :)

Boleh lawat facebook kami.

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah