***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

TEMPAHAN : DR.FATHIYAH (UPM, SERDANG)


Assalamualaikum W.B.T dan salam kemesraan yang berpanjangan.
Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, saya sudah selamat mendarat di Pulau Mutiara. Pastinya dalam mood bercuti di samping keluarga tersayang.

Kemaskini blog, fuh sawang-sawang yang ada! :)

Tempahan yang menjadi tirai penutup untuk semester ketujuh yang lalu. Syukur sangat apabila mengenangkan proses tempahan yang sungguh istimewa. Benarlah betapa mudahnya menjemput rezeki. Usai imtihan, dapat tempahan, struggle siapkan dan siap!

"Yang membuat kita kuat ialah DOA,
yang membuat kita dewasa adalah MASALAH,
yang membuat kita maju adalah USAHA KERAS,
yang membuat kita semangat adalah HARAPAN DAN IMPIAN."
(Dr. Fathiyah, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

Terima kasih Dr. Fathiyah (lebih mesra dipanggil Ustazah Fathiyah) atas tempahan ini. Siap dapat mutiara kata di atas lagi (diterima melalui kiriman sms) dan pastinya bakal menghiasi penanda buku selepas ini. 


Keseluruhannya, tempahan....

1 kotak alat tulis
2 keychain nama (untuk anak ustazah, Insyirah)
5 penanda buku
2 pendrive case


Terima kasih ustazah Fathiyah. Semoga anak ustazah gembira menerimanya. 

Terasa cukup terharu menerima tempahan daripada pensyarah. 
Cukup supportive!
Jom-jom usaha keras lagi untuk hasilkan yang lebih baik. 

Cuti semester-----> satu perubahan!
Mohon doa kalian ya :) 

Salam mesra,
*CEO Galeri Kraf Nailofar*

No comments:

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah