***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

TEMPAHAN : AMI (UPM SERDANG)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Memetik kata-kata, "Orang tenang sentiasa menang (Prof. Dr. Muhaya, 2014)." 

Alhamdulillah, benar sekali..dengan izin Allah SWT, semalam (7 Januari 2014) Cik Ina telah lulus dengan jayanya di dalam Ujian Memandu JPJ. Yahoo, lepas ini boleh pergi kedai kraf dan angkut barang banyak-banyak. Jika dahulu, naik motor payah sikit kan nak bawa barang banyak-banyak. Pergi dengan orang (selalunya abah, adik, kakak, sahabat-sahabat yang temankan masa beli barang) kesian juga mereka terpaksa menunggu lama dek kerana minatku untuk duduk menatap dan membelek lama-lama...haha   Insya-Allah, ada lesen lengkap kini membolehkan kami bergerak dengan lebih selesa. Semoga Allah redha.
(akan bersambung cerita ini di blog peribadi, haha)
  
Baiklah, mood mengemaskini blog, perlu dirai dengan sebaik mungkin.
Sementara talian internet u-spot di bumi barakah UPM ini masih laju, segala urusan perlu diselesaikan.
Sebelum pulang bercuti pada hari sabtu ini, insya-Allah :)

Alhamdulillah, di hujung-hujung semester ketujuh ini masih ada sudi menempah. Tempahan daripada seorang rakan sekuliah, Ami yang manis. 

Tempahan bingkai gambar. Kuantiti dua :)
Mudah bangat! 
Barang mentah semua tersedia ada. Maka perlu susun dan gamkan sahaja.

Ini hasilnya.....





Terima kasih Ami :)
Selamat mempersiapkan diri untuk keluar berpraktikal bulan Februari nanti.
Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.

*Terharu juga apabila menerima tempahan daripada sahabat-sahabat PBMP ini. Betapa mereka menyokong bisnes kecil-kecilan sahabat mereka ini. Alhamdulillah. Buka mata dan buka hati, betapa Allah jadikan bisnes ini sebagai wasilah untuk mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan. Bukan mengejar duit semata. Allah...takdir-Mu indah-indah belaka! Mana mungkin aku tidak bersyukur?!
Muhasabah Nailofar :)
Fi amanillah 

****Mahu menempah bingkai gambar yang penuh warna-warni ini juga?
Boleh hubungi kami di facebook dan blog.

2 comments:

fiqah hamed said...

Subhanaallah,cantiknya..teringin pula nak buat sendiri..^^

Kraf Nailofar said...

Boleh cuba...dapat bahan mentah dan hias ikut kreativiti :)

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah