***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***

***SELAMAT DATANG ---> JEMPUT MASUK KE BUKU TETAMU KAMI***
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Galeri Kraf Nailofar. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ukhwah di sini. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

TEMPAHAN : HIDAYAH (UPM SERDANG)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...
Apa khabar kalian? Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT. 

Kami masih dalam mood mengemaskini siri tempahan yang lalu.
Kali ini tempahan daripada seorang sahabat PBMP juga.

Saudari Hidayah yang cantik :)

Setelah beberapa kali menangguhkan pesanannya. Sampai dia batalkan tempahan lalu dan tanya pula nak tempah yang lain. Juga beberapa siri alasan yang diberikan lantaran kekangan masa bertindihan imtihan dan aktiviti kepimpinan yang lain. Akhirnya, kotak alat tulis yang menjadi baki stok ready made untuk pasaran Pesta Konvo UPM yang lalu menjadi pilihan. 
Alhamdulillah...mudah perundingan dengan beliau.

Setuju sahaja dengan rekaan warna sedia ada. Cuma tambah dekorasi huruf-huruf seperti yang diminta.
Untuk dihadiahkan kepada teman seperjuangan PBMP juga.

Yelah, lewat senja perjuangan kami di bumi barakah UPM ini pastinya mahu menyisipkan sumber kenangan buat sahabat tersayang. Sebelum masing-masing mengorak langkah membawa haluan masing-masing untuk keluar menimba pengalaman praktikal kelak. 

Dan alhamdlillah, syukur...medan minat dan kecintaan ini menjadi pilihan teman-teman untuk dijadikan sumber hadiah tersebut. Terima kasih Dayah! :) 

**Kotak comel----Cikgu Fura+Cikgu Fitrah+Cikgu Dayah**
Boleh dijadikan penghias meja di bilik guru kalian nanti ya. Moga Allah izinkan. 

Entri ini menjadi medan muhasabah...betapa perjuangan di bumi UPM ini kian berakhir. Usainya kertas imtihan terakhir pada 6 Januari 2014 yang lalu bermakna masing-masing sudah mula bebas dan kembali bercuti di kampung halaman masing-masing. Semoga kita semua dapat memanfaatkan cuti yang ada untuk mempersiapkan diri menuju alam praktikal yang masih ghaib buat kita semua.  Huhu...sedih sebenarnya. Banyak momen indah melakari kanvas perjuangan di sini.  Inilah kitaran kolej hayat bukan?

Baiklah...nak tutup entri tempahan kali ini. Emosi pula, haha..kurang lebih empat tahun bersama. mana mungkin tak rasa apa-apa apabila berpisah bukan? huhu...


Inspirasi Nurani,
Galeri Kraf Nailofar
Cikgu Ina :) 

2 comments:

Cik Tieka said...

wah, memang comeyyyy...warna yg ceria sangat2x!! ^^

Kraf Nailofar said...

haha..memang kena pandai main warna..susun2 :) best2 ^^

Post komen di sini

 

Copyright by © 2013 Galeri Kraf Nailofar
Design by Art and Design Studio Templates Design by Princess Nabilah